5 Cara Mengatasi Stres

cara mengatasi stres

Kredit foto: gabrielsreport.com

Stres boleh menyebabkan anda berasa tidak tenang dan mungkin juga menyebabkan anda berada dalam keadaan marah. Stres yang berlebihan juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Selain itu, ia juga boleh mengganggu prestasi kerja andainya selalu berada dalam keadaan stres.

Sebagai lelaki yang hebat, anda seharusnya berusaha mencari cara untuk mengatasi masalah stres ini. Anda pastinya tidak mahu dikenali sebagai lelaki yang sering berada dalam keadaan tertekan. Oleh sebab itu, kami di Mensive ingin membantu anda dengan memperkenalkan 5 cara mengatasi stres.

1. Sentiasa Bersenam

Amalkan aktiviti bersenam agar anda sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak stres. Apabila bersenam, badan anda menghasilkan endorfin, iaitu ‘painkiller’ semulajadi yang membantu mengurangkan stress.

cara mengatasi stres

Kredit foto: defendyourhealthcare.us

2. Makan Dan Tidur Dengan Teratur

Untuk membantu anda supaya tidak sentiasa stres, amalkan gaya pemakanan dan tidur yang teratur. Elakkan mengambil terlalu banyak kafein yang boleh menjadi punca stres. Selain itu, dapatkan tidur yang cukup iaitu 5 hingga 8 jam sehari agar badan kekal segar.

3. Selesaikan Masalah

Antara sebab anda menjadi stres ialah kerana masalah yang berlaku di sekeliling anda. Cuba selesaikan segala masalah anda satu per satu. Elakkan lari daripada masalah kerana ia sebenarnya akan buat masalah anda semakin besar dan anda semakin tertekan.

4. Jauhi Suasana Stres

Untuk memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan positif, jauhkan diri daripada tempat-tempat yang boleh menggalakkan penghasilan stres. Contohnya seperti berada di tempat yang bising ataupun tempat yang ramai orang yang akan menyebabkan otak menjadi serabut lalu menyebabkan anda stres.

cara mengatasi stres

Kredit foto: www.quietrev.com

5. Buat Apa Yang Mampu

Jangan cuba menjadi superhero. Anda hanyalah manusia biasa yang ada kemampuan diri yang terhad. Apabila bekerja, jangan terima semua tugasan demi menjaga hati majikan, anda perlu tahu had anda. Tidak guna buat semua tugasan, tetapi tiada kualiti yang boleh menyebabkan anda dimarahi majikan dan mendatangkan stres kepada anda.

Semoga dengan 5 cara mengatasi stres ini dapat membantu anda keluar dari kepompong stres dan seterusnya menggalakkan anda menjadi lelaki yang suka mengamalkan gaya hidup sihat tanpa stres.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.