Cara Mengatasi Depresi

Depresi adalah salah satu bentuk gangguan kesihatan mental yang menyebabkan perubahan pemikiran, suasana, keadaan, mood dan cara menghadapi aktiviti-aktiviti seharian. Individu yang mengalami depresi akan berasa hidupnya diselubungi selaput kemurungan, berasa sedih berpanjangan, putus harapan, tiada motivasi diri dan seing menyalahkan diri sendiri.

Kebiasannya depresi ini berlaku selama berminggu-minggu dan ada saja kes yang membawa sehingga berbulan-bulan lamanya.

Ramai yang menganggap masalah depresi ini cuma masalah ringan sahaja. Dan depresi bakal hilang dengan sendirinya. Kesemua persepsi ini salah sama sekali. Depresi tidak boleh hilang dengan secepatnya.

Kredit : aldokter

Menurut World Health Organisation (WHO), seramai 350 juta orang di seluruh dunia mengalami depresi. Yang mengambil jalan singkat adalah seramai kira-kira 800 ribu, meninggal dunia akibat bunuh diri. Depresi lebih mudah terjadi pada wanita berbanding kaum lelaki.

Masih ramai penderita depresi yang tidak mengakui kondisi mereka, malu untuk membicarakan masalah mereka, sehingga tidak pernah ditangani dan tidak dibincangkan. Golongan yang mengalami depresi ini cuma mahu bersendiri, memendam rasa dan tidak mahu bercakap mengenainya.

Di sini kami kongsikan beberapa tanda untuk mengenali mangsa depresi.

  • Hilang selera makan.
  • Tidak mahu keluar dari bilik.
  • Sedih yang berpanjangan.
  • Mudah cemas.
  • Berasa hidup tidak lagi punya harapan.
  • Mudah menangis.
  • Berasa tidak berdaya.
  • Tidak mempercayai diri sendiri.
  • Mudah sensitif.
  • Mudah marah.
  • Tiada motivasi.
  • Berfikir untuk membunuh diri.
  • Gangguan tidur.
  • Sakit kepala.
  • Mudah jatuh sakit.

Hello Sehat

Tanpa langkah mengubat yang tepat, depresi boleh mengganggu hubungan sesama manusia. Kerana keinginan untuk membunuh diri itu bakal membahayakan nyawa diri sendiri dan menyebabkan kehilangan ahli keluarga.

Jika ada individu-individu yang merasakan deperesi sepanjang hari atau berterusan selama dua minggu, sebaiknya dicadangkan untuk berjumpa doktor agar proses pemulihan dapat dilakukan dengan betul dan pantas.

Adapun yang tidak mahu berjumpa dengan doktor, di sini juga kami kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mengurangkan penyakit depresi ini.

  • Meditasi

– Sewaktu depresi, meditasi perlulah dilakukan setiap hari. Seeloknya pada waktu petang selepas penat melakukan aktiviti seharian.

  • Pengambilan supplement tambahan seperti Vitamin B.

–¬†Vitamin B12 dapat menenangkan fikiran dan membantu produksi kimia dalam badan seperti dopamin.

  • Jaga jadual tidur.

– Tidur perlu dijaga. Tidur perlu di awal waktu. Dan tahukah anda, kualiti tidur pada waktu malam amat berbeza dengan kualiti tidur pada waktu siang. Jadi, tidur pada waktu malam sangat penting bagi seseorang individu.

  • Cari hobi yang baru.

-Melakukan hobi yang baru sememangnya menarik minat kita untuk memenuhi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti tersebut. Dengan hal yang ini, seseorang itu akan lupa tentang perihal yang menyebabkan depresi itu berlaku.

  • Meluahkan kepada orang yang anda percaya.

-Segala masalah yang terbeban dalam hati sebolehnya diluahkan kepada seseorang yang anda percaya. Sekurang-kurangnya bebanan itu terasa ringan dan dapat dikongsi dengan seseorang. Dan mungkin juga anda akan dapat solusi yang diberikan oleh pendengar setia anda.

  • Rujuk kepada doktor sekiranya kondisi menjadi lebih teruk.

Depresi bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main. Jika berlarutan, depresi boleh membawa maut kerana perkara ini sentiasa mengganggu fikiran anda.

Baca lagi: Jika Bahagian Tubuh Ini Besar, Lelaki Mampu Buat Wanita Lebih Puas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *