6 Cara Menggunakan Mensive Tonic Hair Secara Berkesan

Apabila membicarakan soal rambut, kebiasaannya tumpuan akan lebih terarah kepada kaum wanita. Sehinggakan, rambut wanita telah diibaratkan seperti mahkota bagi mereka. Tetapi, adakah ini bermakna kaum lelaki tidak mementingkan hal rambut mereka?

Sebenarnya, kaum lelaki turut mementingkan hal penjagaan rambut mereka. Terutama sekali mereka yang sudah dan sedang menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk. Sampai satu tahap, pada usia yang masih muda, sebuah ‘pulau’ sudah wujud di atas kepala gara-gara masalah keguguran rambut.

Rambut gugur akan menyebabkan kaum lelaki hilang keyakinan diri. Mereka akan jadi tak berani nak bersemuka sama ada dengan kawan-kawan atau masyarakat kerana bimbang akan diketawakan. Mungkin juga akan mendapat nama gelaran seperti ‘Botak’ ataupun ‘Pulau’ akibat masalah ini.

ht

Atas sebab inilah, kami di Mensive sangat prihatin tentang masalah ini. Kaum lelaki juga seperti wanita yang mahukan mahkota mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Oleh itu, kami telah menghasilkan Mensive Hair Tonic khusus untuk kaum lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut dan mahukan rambut yang sihat tumbuh semula.

Mensive Tonic Hair adalah tonik berasaskan air di mana ia membantu menyihatkan kulit kepala dan juga menyuburkan rambut serta menguatkan akar rambut agar rambut tidak mudah gugur. Ia dihasilkan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang berfungsi untuk memulihkan, menyihatkan dan melindungi rambut selain daripada membantu merangsang penumbuhan rambut baru yang sihat.

Di sini, kami akan kongsikan 6 cara yang berkesan untuk menggunakan Mensive Hair Tonic.

 

1. Gunakan air sejuk untuk membersihkan rambut dan kulit kepala

Kenapa anda perlu gunakan air sejuk? Dengan menggunakan air sejuk, ia akan menjaga kelembapan rambut anda dan juga memastikan rambut anda kekal sihat.

2. Keringkan rambut dengan betul

Jangan keringkan secara kasar kerana ini akan merosakkan akar rambut. Gunakan tuala yang bersih.

3. Semburkan Mensive Hair Tonic

Semburkan di kulit kepala anda secara rata. Pastikan semburan mengenai seluruh kulit kepala.

4. Urut kulit kepala

Urut kulit kepala anda agar semburan Mensive Hair Tonic tadi dapat diratakan ke seluruh kulit kepala.

5. Biarkan ia meresap

Selepas itu, biarkan cecair Mensive Hair Tonic meresap ke akar rambut agar ia dapat membantu pembinaan akar rambut baru dan menguatkan akar rambut sedia ada.

6. Guna 4 kali sehari

Pastikan anda menggunakan Mensive Hair Tonic 4 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan. Anda boleh lihat kesannya seawal 10 hari tetapi ia bergantung kepada keserasian hormone.

How to use hair tonic

Amalkan penggunaan Mensive Hair Tonic ini selama 30 hari tanpa henti untuk mendapatkan hasil dan kesan yang memberangsangkan. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para lelaki di luar sana menyelesaikan masalah keguguran rambut yang sentiasa membelenggu kehidupan seharian.

 

Join us_New

1 Comment

  1. Abd Manap Ahmad

    February 10, 2017 at 11:05 PM

    Barapa harga & mcm mana kalau nak order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *