Cara Berjalan Menjadi Petunjuk Tahap Agresif Seseorang

Cara seseorang itu berjalan boleh membantu untuk memberikan petunjuk terhadap tahap tingkah laku agresif mereka.

Sekumpulan penyelidik Universiti Portsmouth, England menilai personaliti 29 responden yang kemudiannya diminta berjalan di atas meja treadmill mengikut kelajuan semula jadi mereka.

15397-a-healthy-young-man-running-on-a-treadmill-in-a-gym-pv

Pergerakan itu dirakam teknologi menangkap gerakan yang dipasang pada badan responden. Ia merekodkan tindakan manusia seterusnya menukar maklumat itu kepada model watak digital animasi hidup dalam komputer tiga dimensi.

Analisis mendapati, pergerakan berlebihan di bahagian atas dan bawah badan menunjukkan kecenderungan subjek untuk bertindak agresif bagi tujuan dan sebab tertentu yang memaksa mereka berbuat demikian.

Subjek turut diberi ujian personaliti standard untuk menilai sifat keterbukaan, tingkah laku berhati-hati, kehidupan sosial, nilai simpati, kerjasama dan bertimbang rasa dalam memetakan corak keperibadian mereka.

ads-hair-tonic

Ketua penyelidik Liam Satchell berkata, mereka menganalisi pola pergerakan toraks, otot  pelvis dan gaya berjalan setiap responden.

“Apabila seseorang individu melangkah ke hadapan menggunakan kaki kiri, sebelah kiri pelvis akan bergerak ke hadapan da kaki, bahu kiri akan bergerak ke belakang serta bahu kanan ke hadapan untuk mengekalkan keseimbangan.

“Dalam keadaan ini, tubuh akan bergerak seolah-olah putaran kecil. Namun, bagi individu yang cenderung bersikap agresif, mereka akan menghasilkan corak putaran yang lebih besar, ” katanya.

BACA: 9 Ancaman Kesihatan Lelaki Yang Patut Anda Ketahui

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *