Caj Rawatan Gigi Untuk Pesakit Luar Terus Dikekalkan – Kp Kesihatan

Caj rawatan gigi untuk pesakit luar yang sedia ada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 dikatakan tidak pernah disemak selama 35 tahun walaupun kos sebenar semakin meningkat.

Rakyat kini tidak perlu untuk risau dengan caj rawatan gigi yang semakin meningkat dan boleh mula menarik nafas lega dengan pengumuman dan penjelasan terbaru ini.

Gambar hiasan: Singapore Business Talk News

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perintah itu kini sudah pun dikemaskini kepada Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi menunjukkan kos rawatan asas semasa yang bersubsidi bagi rawatan pergigian di fasiliti Kementerian kesihatan.

“Kerajaan pula akan terus komited dalam memberikan subsidi yang tinggi terhadap rakyat termasuk dengan rawatan pesakit luar, walaupun terdapat keperluan untuk kenaikan caj bagi prosedur rawatan yang sedia ada.

Gambar hiasan: John Trewella & Associates in Enfield

“Contohnya, bagi perkhidmatan untuk mencuci gigi, kos rawatan pesakit luar yang bersubsidi di kementerian adalah berkadar RM55 (kadar caj prosedur 2017), namun pesakit luar yang telah diberi subsidi tinggi hanya akan perlu untuk membayar RM2 sahaja.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kadar subsidi semasa sebenarnya sudah bertambah,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Gambar hiasan: Hospitals In India

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata terdapat pengecualian bayaran terutamanya bagi golongan tertentu yang dikekalkan mengikut tatacara yang telah digariskan.

“Kerajaan pula akan terus memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang cukup berpatutan kepada semua Rakyat Malaysia,” katanya.

Ias menunjukkan betapa kerajaan kita mementingkan kesihatan gigi rakyat Malaysia dan masih prihatin dengan kepentingan rakyat yang berbilang bangsa dan latar belakang ini.

Baca lagi: Kedai Kopi Amerika Syarikat Menolak Akta ‘Muslim Ban’ Trump

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *