Bukannya Makin Pintar, Malah Telefon Bimbit Menjadikan Iq Menurun

Gelaran ‘smartphone’, nyatanya kebergantungan dengan alat komunikasi tersebut tak membuat penggunanya pintar. Malahan sebuah kajian terkini menyebut bahawa berada berdekatan telefon bimbit itu saja tanpa menggunakannya sudah dapat menurunkan fungsi kognitif seseorang.

Penemuan mendapati setelah peneliti menganalisis 800 responden di Austin untuk mengetahui seberapa mampu mereka menyelesaikan masalah jika didekatkan dengan telefon bimbit.

Gambar hiasan: Huffington

Peneliti menemukan, responden yang terpisah jauh dari telefon dalam genggaman mereka cenderung lebih baik dalam menyelesaikan masalah.

“Kami menemukan bahawa saat seseorang dekat dengan telefon bimbit mereka, maka kadar konsentrasi cenderung berkurang,” ujar Adrian Ward, pembantu profesor di McCombs School of Business di University of Texas.

Gambar hiasan: Huffington

Menurut Ward, kebergantungan terhadap telefon bimbit membuatkan seseorang diliputi kecemasan dan mengganggu konsentrasi. Pada gilirannya, hal ini membuat fungsi kognitif otak menurun.

“Responden terganggu kerana mereka selalu memmerhatikan notifikasi di telepon bimbit mereka,” ujar dia.

Gambar hiasan: Huffington

Tahun lalu, sebuah bancian dari CareerBuilder yang melibatkan lebih dari 2.000 pengusaha mendapati bahawa para atasan menganggap pekerja mereka tidak produktif ketika memiliki banyak waktu menyentuh telefon bimbit.

Itu sebabnya, beberapa perusahaan menerapkan aturan membataskan penggunaan telefon bimbit saat berada di pejabat.

Baca lagi: Melintas Di Bahu Jalan, Jeep Ini Dilanggar Subaru Tiga Kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *