Bos Beri Pekerja Kereta, Apartmen Sempena Deepavali

40fbcbc6-9dab-11e6-84cd-7afcc7591aa7

Di New Delhi, India, lelaki ini layak digelar ‘bos paling baik di India’ kerana menghadiahkan sebuah kereta dan apartmen kepada 1,700 pekerjanya.

Menurut laporan CNN, peneraju syarikat berlian Hari Krishna Exports, Savji Dholakia menghadiahkan lebih 1,200 kereta dan 400 apartment kepada pekerjanya sempena hari Deepavali.

93f53c68-9dab-11e6-84cd-7afcc7591aa7

Kata Savji, hadiah-hadiah tersebut diberikan kepada pekerjanya yang menunjukkan ciri-ciri ‘taat, kebolehan dan bernilai kepada syarikat’.

Jumlah keseluruhan pemberian Savji dianggarkan bernilai RM32.3 juta.

Dua tahun lalu, Savji memberikan 200 apartment, 400 kereta dan 500 set perhiasan kepada 1,200 pekerjanya.

savji-dholakia-employees-jpg-image_-784-410

“Kami mempunyai hasil eksport bernilai lebih AS$700 juta ke lebih 70 negara, tetapi tiada yang lebih bernilai daripada pekerja kami,” kata Savji.

Walaupun bancian mengatakan pekerja di India lebih gemarkan hadiah wang tunai, tetapi Savji suka memberika hadiah dalam bentuk yang lebih praktikal.

Sumber : Hanasuva

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.