Boleh Ke Bersenam Semasa Anda Tidak Sihat?

Boleh Ke Bersenam Semasa Anda Tidak Sihat?

                                                      Sports Chump

Jika anda seorang yang memang konsisten bersenam, badan tidak sihat hanya akan membantutkan konsistensi ini. Jadi, adakah ia boleh dan selamat untuk dilakukan?

Menurut Dr. Drew Watson, M.D., M.S, Dari Universiti od Winsconsin School of Medicine and Public Health, terdapat dua kondisi yang akan menentukan sama ada anda masih boleh bersenam atau berehat sahaja di rumah.

Kondisi 1: Simptom tidak sihat bermula dari leher dan ke atas

Kondisi ini termasuk hidung tersumbat, sakit tekak atau selsema. Dalam kondisi ini anda masih lagi boleh melakukan senaman yang ringan atau moderate.

Jika hidung tersumbat menjadi masalah, ambil ubat yang tidak menyebabkan mengantuk. Bagi kaki gym, lihat dahulu kadar tenaga anda. Jika kadar tenaga anda di tahap baik, hadirlah ke gym dengan syarat kurangkan intensiti senaman anda.

ads-pomade_updated

Nota buat kaki gym: Pastikan anda basuh tangan sebelum menggunakan peralatan gym, lap peralatan tersebut selepas anda selesai menggunakannnya dan halakan batuk atau bersin anda pada bahu berbanding tangan anda untuk mengelakkan penyebaran bakteria berlaku.

Jika anda mula rasa lebih teruk, kurangkan lagi intensiti senaman anda ataupun berhenti lebih awal. Jangan jadikan sakit anda lebih teruk.

Kondisi 2: Simptom tidak sihat bermula dari leher dan ke bawah

Kondisi ini termasuk batuk, semput/asmatik, sesak dada, mual-mual, muntah-muntah, cirit-birit, demam bersama sengal-sengal badan. Jika anda sedang mengalami simptom ini, sila lupakan terus rutin senaman anda. Kesemua simptom ini berkemungkinan permulaan bagi penyakit yang lebih serius.

Tambahan lagi, anda mengalami kesukaran untuk bangun dari katil jika sedang sakit begini apatah lagi mahu bersenam. Jika anda paksa juga, kemungkinan untuk anda mengalami dehidrasi, pening-pening atau pengsan akan meningkat dengan mendadak.

Sumber: Maskulin

BACA: Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *