Bintangi “Wonder Woman”, Gal Gadot Dibayar Murah?

Filem solo pertama superhero Wonder Woman yang dibintangi aktres cantik Gal Gadot boleh dikatakan menemui kejayaan yang cukup membanggakan juga.

Filem ini mampu membawa keuntungan sebanyak 223 juta dolar secara global hanya dalam waktu yang begitu singkat sejak tayangan perdananya.

Gambar hiasan: Vanity Fair

Sayangnya, pencapaian ini tak setimpal dengan pengiktirafan yang diterima Gadot.

Aktres yang berasal dari Israel itu, seperti dipetik oleh Ace Showbiz, Rabu (21/6/2017) dilaporkan cuma menerima 300 ribu dolar untuk setiap lakonannya di tiga filem, iaitu melalui Batman v Superman: Dawn of Justice, Wonder Woman, dan Justice League.

Gambar hiasan: Vanity Fair

Pengiktirafan yang diterima Gadot ini jauh lebih kecil dibandingkan dengan Henry Cavill.

Canvill yang juga melakukan debutnya sebagai Superman di Man of Steel dilaporkan berjaya membawa pulang hampir 14 juta dolar.

Gambar hiasan: Vanity Fair

Gadot dan Warner Brothers belum memberikan komen lebih lanjut mengenai masalah gaji ini. Namun, beberapa laporan baru menyebut bahawa jumlah wang yang diterima Gadot sebenarnya sama seperti Canvill.

14 juta dolar yang diterima Canvill saat membintangi Man of Steel dikhabarkan sekaligus untuk bayaran beberapa filem yang lainnya dan bonus. Sementara, 300 ribu dolar yang didapat Gadot cuma sebagai gaji pokok untuk satu filem sahaja.

Baca lagi: 5 Lagu Raya Moden Dari Siti Nurhaliza Yang Tidak Jemu Diulang Dengar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.