Biji Kurma Boleh Digunakan Sebagai Kopi

Sumber Gambar: siakapkeli.my

Bulan puasa secara ironinya tidak dapat dipisahkan dengan buah kurma. Buah yang manis ini bukan sekadar membekalkan tenaga untuk tubuh badan bahkan juga merawat penyakit dalaman badan. Namun begitu tahukah kita bukan sekadar buahnya saja yang berkhasiat tetapi bijinya juga berkhasiat hebat  dan boleh dimakan.

Sumber gambar: wartakesehatan.com

Pernahkah anda mendengar tentang kopi biji kurma? Sebenarnya biji kurma boleh dijadikan sebagai kopi harian. Caranya agak mudah saja.

  1. Bilas biji kurma sehingga bersih kemudian keringkan sementara. Jangan gunakan air sabun ketika membilas biji kurma untuk mengelakkan campuran kimia.
  1. Jemur biji kurma di bawah terik matahari untuk sehari.
  1. Jika sudah kering, goreng biji kurma tersebut tanpa menggunakan minyak .
  1. Biji kurma digoreng sehingga hangus  dan beraroma seperti biji kopi.
  1. Tumbuk atau kisar biji kurma yang sudah digoreng tadi untuk menghasilkan serbuk yang bertekstur lebih halus.
  1. Simpan serbuk biji kurma di dalam bekas kopi dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja sebagai kopi harian.

Sumber gambar: mywishhub.com

Kopi biji kurma dapat membekalkan banyak khasiat kepada tubuh badan. Antaranya ialah:

1. Memberi tenaga segera kepada tubuh badan

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. Menghilangkan letih dan lesu

5. Menghangatkan tubuh badan

6. Mengendurkan saraf yang tegang

7. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

8. Menghilangkan sakit perut

9. Mengurangkan darah tinggi, kolesterol, strok dan gout

10. Mengurangkan sakit kepala/ migrain

11. Melancarkan peredaran darah

Komposisi kimia yang terdapat dalam biji kurma ini sangatlah baik dan sesuai untuk tubuh badan yang cepat lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Biji kurma juga boleh dijadikan sebagai scrub untuk rawatan muka yang bermasalah dan sebagai minyak rambut. Caranya campurkan madu dengan biji kurma untuk merawat muka dan sedikit serbuk biji kurma dicampurkan dengan minyak zaitun untuk dipakai waktu malam bagi merawat masalah kulit kepala atau rambut.

Sumber Rujukan : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.