Perodua: Bezza Memang Ber-bezza

Perodua telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu Perodua Bezza di mana ia adalah kereta sedan pertama yang dikeluarkan oleh Perodua. Bezza dihasilkan oleh rakyat tempatan dengan mendapat sokongan daripada syarikat Daihatsu dari Jepun.

Walaupun Bezza akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Julai nanti, ia sudah boleh mula ditempah pada hari Sabtu lepas (16 Julai 2016) disemua pusat pameran Perodua seluruh Malaysia.

Perodua Bezza (Sumber gambar: paultan.org)

Bezza didatangkan dengan lima variasi iaitu transmisi auto dan manual 1.0 liter, transmisi auto dan manual 1.3 liter “Premium X” dan transmisi auto 1.3 liter “Advance”.

Nama Bezza yang digunakan untuk keluaran terbaru Perodua ini diambil daripada perkataan ‘Beza’. Cuma, ia diubah menjadi Bezza kerana dua huruf ‘Z’ membawa maksud bahawa Perodua sudah berada di dalam pasaran automotif negara selama 22 tahun.

Interior Perodua Bezza (Sumber gambar: paultan.org)

Perodua Bezza boleh didapati dalam 6 warna yang berbeza iaitu Sugar Brown dan Ocean Blue untuk jenis 1.3 liter sahaja di mana ia adalah warna terbaru yang dihasilkan oleh Perodua. Warna-warna lain pula adalah seperti Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver dan Solid Ivory White. Perodua menggunakan cat yang mesra alam di mana ia akan menghasilkan warna yang cantik dan kemas.

Harga pasaran untuk Perodua Bezza dikatakan dalam lingkungan RM30,000 sehingga RM50,000. Tapi ini adalah anggaran sahaja. Kalau nak tahu harga sebenar, apa kata anda pergi ke pusat pameran Perodua yang berdekatan dengan anda. Mana tahu, tiba-tiba berminat, boleh letak downpayment terus. Lagipun, kualiti kenderaan Perodua tak pernah mengecewakan.

Sumber gambar: paultan.org

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *