Beza Perunding Imej, Perunding Fesyen dan Perunding Kecantikan

Youtube

Dalam dunia gaya dan pemakaian ada tiga perunding yang penting dalam menyokong industri. Walaupun untuk lelaki, ketiga-tiga perunding ini memainkan peranan yang tidak kurang penting. Presiden, Ahli Politik, Artis dan Selebriti yag sentiasa terdedah kepada media, akan selalu mengambil salah satu atau ketiga-tiga perunding ini untuk memastikan penampilan yang sentiasa segar dan mengikut trend.

Perunding Imej

Asas perunding imej ialah untuk memadankan personaliti dengan pemakaian dan gaya. Perunding imej memahami orangnya dahulu barulah pakaian dan gaya yang sesuai. Dan skop perunding imej lebih luar. Selain pakaian dan aksesori, perunding imej juga melihat cara bercakap, berjalan dan duduk seorang klien. Selain itu skala, kontras dan warna yag sesuai juga diteliti.

Alatan perunding imej juga lebih banyak. Dari Kad Gaya Personaliti, Pita Ukur hinggalah kepada Colour Wheel semua ini digunakan untuk memastikan apa yang melekat di badan sesuai dengan si pemakai.

Perunding imej boleh sahaja menjalani proses rundingan, menjadi personal shopper hinggalah kepada proses susulan kepada pelanggan. Kerana itu ilmu imej itu lebih luas. Selain struktur pakaian, perunding imej juga mungkin belajar mengenai etika di meja makan dan bahasa badan.

Ringkasnya perunding imej bertugas menaikkan imej klien dari semua segi.

Cleida

Perunding Fesyen

Perunding Fesyen memastikan baju sesuai dengan pemakai. Perunding fesyen tidak melihat personaliti sebaliknya akan mencari model yang sesuai dengan baju yang direka. Kerana itu alatan paling berharga kepada perunding fesyen adalah patung atau model bersaiz teramat kecil. Ini kerana pakaian yang direka perlu nampak cantik ke atas pemakai.

Perunding fesyen mengkaji fabrik, warna dan potongan. Kerana itu tidak semua orang boleh memakai fesyen yang direka. Jika ada pun adjustment  yang dibuat pada pakaian, skala nya amat kecil dan hanya fit kepada saiz tertentu.

 

 Perunding Kecantikan

Perunding kecantikan belajar ilmu drematologi, struktur kulit dan mekap. Kepakaran mereka adalah untuk menghilangkan jerawat, jeragat dan noda hitam pada kulit. Seringnya perunding kecantikan bertugas di spa yang menawarkan rawatan muka, memutihkan kulit dan menghilangkan kekotoran pada kulit.

Jika anda mempunyai masalah kulit kusam dan tidak bermaya, maka perunding kecantikan lah orang yang tepat untuk anda.

Bijak memilih perunding akan memberikan anda imej yang bukan sahaja memukau, malah nampak ‘mahal’

Selamat bergaya!

Baca : Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

2 Comments

  1. Jimmy Azman

    February 9, 2017 at 3:44 AM

    Gambar Alpha M. jadi hiasan huhu

    • Zamzuri Malik

      February 10, 2017 at 10:01 PM

      Gaya! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *