Berusia 27, Lelaki Muda Miliki Ijazah Kedoktoran, Doktor Walton

Doktor yang dimaksudkan ialah Dr. Walton Wider yang lahir pada 10 Februari 1989 di Hospital Queen Elizabeth , Kota Kinabalu Sabah yang kini berusia 27 tahun. Beliau memulakan pra- persekolah pada usia 5 tahun di  Yick Nam Kindergarten, Inanam. Selepas itu beliau menyambung pengajian di sekolah jenis kebangsaan  (SJK) Yick Nam, Inanam sehingga tamat tahun enam.

Selepas itu, beliau meneruskan pengajian Sarjana dalam bidang Pendidikan Psikologi, juga di UTM, Skudai dan bergraduat pada tahun 2013 dan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (Psikologi) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada tahun 2016.

Semasa di sekolah menengah, Dr. Walton aktif dalam sukan karate-do dan olahraga. Beliau pernah memegang rekod lompat kijang selama 5 tahun (2006-2011) di kejohanan olahraga MRSM peringkat kebangsaan. Selain itu, beliau pernah mewakili kontinjen Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) di Sintok, Kedah pada tahun 2007.

Dr. Walton merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Beliau mempunyai dua orang kakak dan seorang abang. Kakak sulungnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer daripada UMS. Manakala, kakak kedua pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan daripada UPM, Serdang. Abangnya pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik Perubatan), UTM, Skudai dan kini bekerja sebagai Jurutera Elektrik.

Sejak menamatkan pengajian Sarjana, Dr. Walton berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Namun, atas faktor pengalaman bekerja yang kurang serta kelayakan akademik yang tidak mencukupi menyebabkan beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran.

Atas minat yang mendalam terhadap bidang akademik, beliau menyahut cabaran untuk menyambung pengajian ijazah doktor falsafah. Malahan, dorongan ibu bapa serta kemampuan mereka untuk menampung perbelanjaan pendidikan saya juga adalah satu faktor menyebabkan saya menyambung pengajian.

Antara faktor lain adalah ingin membanggakan ibu bapa. Menurut Dr. Walton, beliau masih ingat lagi raut wajah ayah ketika mengambil first degree scroll pada 201. Beliau tidak pernah nampak muka dady begitu bangga.

“I got the chance to see it again on 2013 masa ambil scroll for my second degree. The same expression showed by my dad. It was priceless! Segala penat lelah belajar memang berbaloi bila tengok senyum bangga daddy” tambah Dr. Walton.

Beliau juga berkongsi cadangan sepanjang menyambung pengajian PhD dan cara atasi cabaran situ:

“When I face difficulties or feeling demotivated during my phd journey, I always recall my dad’s expression during my graduation days. Dalam hati saya “I wanna see that face and smile, no matter how hard but I want to see that face again.” I don’t know why, but it never failed to boost my motivation”.

Begitulah serba sedikit cerita yang boleh diambil sebagai motivasi bagi kita untuk melanjutkan pelajaran. Komen di bawah!

BACA: Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *