Bersihkan Arteri Anda Dengan 20 Jenis Makanan Ini

heart-attack

kredit foto: http://www.independent.co.uk/

Umum telah mengetahui bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di dunia. Menurut Ketua Unit Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad, umlah pesakit jantung di Malaysia dijangka meningkat sebanyak tiga peratus kepada 28 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding 25 peratus ketika ini.

“Kajian National Cardiovascular Database menunjukkan trend peningkatan bagi penyakit hipertensi, diabetes, paras kolestrol tinggi, obesiti dengan  amalan merokok merupakan faktor utama kepada serangan jantung,” katanya.

Kredit foto: healthyviral24.com

kredit foto: healthyviral24.com

Salah satu punca utama serangan jantung dan juga strok adalah arteri tersumbat yang boleh mengganggu aliran darah di seluruh badan. Terdapat banyak faktor yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, termasuklah kekurangan pergerakan, tekanan, dan diet yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan yang mudah dalam diet anda boleh membantu anda untuk melindungi diri anda, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Jadi, kami di Mensive ingin menyenaraikan beberapa makanan dan minuman yang yang boleh membantu untuk menjaga arteri dan mengelakkannya daripada tersumbat;

 

#1. Ikan Salmon

Kredit foto: www.seriouseats.com

kredit foto: www.seriouseats.com

Salmon dianggap antara sebagai makanan yang paling bermanfaat untuk kesihatan jantung anda. Ia juga mengandungi banyak asid lemak sihat yang hadir secara semulajadi dalam ikan. Salmon mempunyai keupayaan untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol, keradangan dan tahap trigliserida.

Tuna, mackerel, herring dan beberapa ikan yang sihat lain yang anda juga perlu untuk dimasukkan ke dalam diet anda. Oh, dan jangan lupa pastikan ikan yang dibeli itu adalah organik.

 

#2. Jus Oren

Kredit foto: healtheatingfood.com

kredit foto: healtheatingfood.com

Tahukah and bahawa jus oren asli mempunyai banyak antioksidan yang boleh menyokong saluran darah yang sihat. Selain itu, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Banyak kebaikan jus oren ni, sedap pulak tu kan?

Dengan meminum 2 gelas jus oren segar setiap hari, anda akan mendapat dos harian yang disyorkan vitamin C, sekali gus menyediakan badan anda dengan vitamin dan mineral yang akan mempunyai kesan positif ke atas kesihatan anda.

 

#3. Kopi

3-kopi

kredit foto: sawadacoffee.com

Hah, ramai yang suka minum kopi kan? Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa dengan meminum 2-4 cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 20%. Tapi anda kena ingat, pengambilan kopi berlebihan juga boleh membahayakan perut anda. Jadi kawal pengambilan kopi anda ya!

 

#4. Kekacang

kredit foto: www.newscrab.com

kredit foto: www.newscrab.com

Kekacang mengandungi banyak lemak sihat termasuk omega-3 asid lemak dan lemak tak tepu. Ia sangat berkesan untuk tahap kolesterol anda, dan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan daya ingatan dan sendi anda. Segenggam badam dan walnut setiap hari dan anda akan melihat manfaatnya!

 

#5.  Buah Kesemak

kredit foto: simplyrecipes.com

kredit foto: simplyrecipes.com

Buah kesemak ataupun ‘persimmon fruit’ mempunyai kandungan yang kaya dengan serat dan sterol sihat yang boleh mengurangkan paras kolesterol. Anda juga boleh menambah buah-buahan ini kepada salad atau bijirin anda.

 

#6. Kunyit

different types of turmeric barks

kredit foto: newspropro.com

Haa jangan ingat kunyit hanya untuk bahan memasak sahaja! ‘Curcumin’, iaitu sebatian aktif dalam kunyit boleh memberikan pelbagai manfaat, antaranya membantu anda untuk mengurangkan keradangan tisu dan menghalang penyimpanan lemak terlalu aktif. Anda boleh menggunakan kunyit sebagai tambahan kepada makanan yang berbeza, atau menggunakannya sebagai teh.

ads-perfume-with-azrel

#7. Teh Hijau

Kredit foto: cancerfightersthrive.com

kredit foto: cancerfightersthrive.com

Teh hijau juga adalah antara kegemaran rakyat Malaysia. Ia mempunyai sifat menenangkan dan pemberi tenaga. Ini kerana teh hijau mengandungi catechin, antioksidan yang kuat yang boleh menyokong metabolisme dan mengurangkan penyerapan kolesterol. Untuk mendapatkan kelebihan maksimum, pastikan anda minum 1-2 cawan teh hijau sehari.

 

#8. Keju

Kredit foto: medicaldaily.com

kredit foto: medicaldaily.com

Pengambilan keju secara sederhana boleh membantu anda untuk mengurangkan tahap kolesterol tinggi dan tekanan darah.

 

#9.  Buah Tembikai

Kredit foto: isabelsmithnutrition.com

Kredit foto: isabelsmithnutrition.com

Buah yang menyegarkan ini boleh menggalakkan pengeluaran nitrik oksida dan menyokong saluran darah yang sihat. Pastikan anda memasukkan buah yang hebat ini dalam diet anda, dan anda akan melihat manfaatnya, percayalah!

 

#10. Bijirin Penuh

Kredit foto: huffpost.com

Kredit foto: huffpost.com

Ia mengandungi banyak serat yang boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah pengumpulan dalam arteri. Makanan yang kaya dengan gandum adalah oat, roti gandum, dan beras perang. Mereka akan membantu anda untuk memecahkan kolesterol yang telah terbentuk.

 

#11. Kranberi

Kredit foto: redbarninc.com

Kredit foto: redbarninc.com

Kranberi adalah sumber yang kaya dengan kalium. Pengambilan biasa jus kranberi boleh membantu anda untuk mengurangkan kolesterol tidak baik, dan meningkatkan kolesterol yang sihat. Dengan meminum 2 gelas sehari akan mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 40%.

ads-beard-oil-with-azrel

#12. Rumpai Laut

Kredit foto: foodinnovationsolutions.com

Kredit foto: foodinnovationsolutions.com

Rumpai laut mempunyai kandungan yang kaya dengan mineral, vitamin, protein, karotenoid, dan antioksidan. Pengambilan rumpai laut boleh membantu anda untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan paras kolesterol sebanyak 5%.

 

#13. Kayu Manis

Kredit foto: vitaeblog.co.uk

Kredit foto: vitaeblog.co.uk

Kebanyakan kayu manis digunakan sebagai tambahan dalam makanan yang dipanggang dan dalam teh. Ia boleh menghalang pembentukan dalam arteri, dengan itu memerangi kolesterol yang tinggi. 1 sudu teh kayu manis sehari akan memberikan banyak manfaat untuk kesihatan anda.

 

#14. Buah Delima

Kredit foto: healthandlovepage.com

Kredit foto: healthandlovepage.com

Buah-buahan eksotik ini mengandungi banyak fitokimia yang secara semula jadi boleh menggalakkan pengeluaran nitrik oksida, sekali gus meningkatkan peredaran anda. Delima boleh digunakan sebagai tambahan yang baik untuk salad anda.

 

#15. Bayam

Kredit foto: wolvesfitness.co.uk

Kredit foto: wolvesfitness.co.uk

Bayam adalah sumber yang kaya dengan asid folik dan kalium, yang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, menyokong tisu otot, dan mengurangkan risiko serangan jantung. Sebab tu Popeye jadi kuat, haha!

 

#16. Brokoli

Kredit foto: businessinsider.com

Kredit foto: businessinsider.com

Brokoli kaya dengan vitamin K dan mempunyai keupayaan untuk mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol tinggi. Ia juga boleh dimasak, makan secara mentah, sebagai sebahagian daripada hidangan yang besar, atau juga sebagai snek.

ads-hair-tonic

#17. Minyak Zaitun

Kredit foto: nutritious-food.com

Kredit foto: nutritious-food.com

Pengambilan yang minyak zaitun berkualiti tinggi adalah rahsia untuk kesihatan yang baik! Jika anda makan ‘cold-pressed’ minyak zaitun, anda akan dapat lemak yang sihat dan mengurangkan paras kolesterol. Minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 41%.

 

#18. Asparagus

Kredit foto: thefifthtine.com

Kredit foto: thefifthtine.com

Asparagus boleh mencegah urat tersumbat, radang dan mengurangkan tahap kolesterol yang tinggi. Anda juga boleh makan sebagai hidangan utama, dalam sup, atau sebagai sampingan kepada mi atau kentang.

 

#19. Beri Biru

Kredit foto: blueberrycouncil.org

Kredit foto: blueberrycouncil.org

Beri Biru adalah sumber terbaik kalium. Jika anda minum jus beri biru, anda boleh meningkatkan tahap kolesterol yang sihat dan rendah berbahaya. Pengambilan 2 gelas sehari telah terbukti dapat mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 40%.

 

#20. Avokado

Kredit foto: glutenfreegigi.com

Kredit foto: glutenfreegigi.com

Avocado dikenali dengan manfaat kesihatan. Ia mengandungi lemak yang boleh menggalakkan keseimbangan yang sihat antara kolesterol tidak baik dan baik. Anda boleh makan bersama roti dengan telur, atau menambah kepada salad.

 

Jadi inilah 20 makanan yang akan membersihkan arteri anda secara semulajadi dan melindungi anda daripada serangan jantung. Kami di Mensive berharap anda semua boleh mengamalkan makan dan minuman yang baik untuk menjadi lebih sihat di masa akan datang.

 

sumber: Healthy Viral 24 & Astro Awani

 

Baca Lagi: 3 Cara Untuk Kelihatan Sentiasa Muda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *