Berikut Antara Perempuan Muslim Tercantik Di Dunia

Ada banyak cerita, buku, dan artikel yang menulis mengenai kecantikan perempuan. Meski kita menganggap semua perempuan itu sebagai cantik dengan caranya yang tersendiri, pesona kecantikan perempuan Muslim memiliki hal berbeza.

Bukan hanya kerana penampilan mereka, tapi juga kecantikan dari dalam diri yang membuatkan aura mereka semakin terpancar.

Berikut, antara perempuan Muslim yang disebut sebagai perempuan paling cantik, yang dipetik dari Herbeauty:

Gambar hiasan: Suara

1. Fahriye Evcen – Turki

Fahriye merupakan seorang aktres terkenal Turki yang memiliki gaya elegan, lakonan yang menghangatkan hati, dan memiliki rasa cinta, juga sikap yang positif.

Fahriye memiliki paras yang sangat cantik dan cukup fashionable, sehingga dia selalu terlihat luar biasa, baik di layar atau sekadar bersantai di luar lokasi.

Seluruh masyarakat Turki akan tahu siapa Fahriye. Dia memiliki banyak pengikut di sosial medianya, dan memiliki bakat yang luar biasa.

Gambar hiasan: Suara

2. Cyrine Abdelnour – Lebanon

Cyrine dianggap sebagai salah satu daripada perempuan Timur Tengah yang tercantik di dunia. Dia adalah penyanyi, aktres dan model di Lebanon.

Karier muziknya dimulai pada tahun 2004 dan sekarang dia menjadi sangat popular karana karya muziknya terkenal di negara-negara Arab. Single-nya yang paling terkenal adalah “Law Bas Fe Aini” yang bererti “Jika dia terlihat di mataku”.

Gambar hiasan: Suara

3. Zarine Khan – India

Zarine adalah seorang model dan aktres India. Dia juga dikenali sebagai salah satu perempuan Muslim tercantik di dunia. Dia lahir di Mumbai dalam sebuah keluarga Pathan. Karier lakonannya dimulai dengan beberapa iklan, dan siri TV.

Namun, dia benar-benar mencapai puncak populariti saat tampil dalam filem Veer bersama Bollywood Superstar Salman Khan. Dia bermain sebagai seorang puteri dalam filem ini, dan semua orang setuju bahawa dia sesuai dengan peranan tersebut.

Baca lagi: Semak 4 Helah Interview Ini Biar Lulus Dan Mudah Diterima Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *