Bergaya Dengan Sut

Bergaya Dengan Sut

www.pinterest.com

Sut selalunya dikaitkan sebagai pakaian rasmi korporat atau pegawai tinggi kerajaan dan jika memakainya anda dianggap penuh keterampilan. Sut yang hebat adalah yang berjaya menggambarkan profesion anda.

Sut yang bagus potongannya dapat menyerlahkan personaliti si pemakai tampak lebih segak dan kacak. Namun begitu perlu di ingat, potongan sut serta jahitan yang tidak kemas tampak murah. Membuatkan anda kelihatan tidak refined dan polish.Sut khaki paling sesuai digayakan dalam cuaca panas seperti di negara kita – jaket berpinggang ( slim jacket) dan seluar yang diperbuat dari kain kapas (cotton) atau linean, bukan hanya ringan ( light weight) tetapi ia juga menarik dipadankan dengan kemeja dan tali leher reka corak jalur pelbagai warna (multi – coloured stripes).

  1. Tiada tolak ansur dari segi keselesaan dan kekemasan apabila anda membeli dan menempah sut. Sut yang bermutu boleh dipakai selalu dan mudah disuai padan dengan apa saja dalam almari anda.

2. Sut yang dibeli dengan harga yang mahal sepatutnya tahan bertahun-tahun. Bespoke adalah terma bagi sut ditempah mengikut ukuran badan individu. Ini kerana ia sut tempahan mengikut kehendak pelanggan.

Bergaya Dengan Sut

threads.dappered.com

3. Ciri – ciri sut yang perlu anda miliki, butang daripada tanduk, lapel berjahit tangan, kolar berlapik dengan kemas ( dan bukan digam) dan pilihan fabrik lembut supaya anda boleh menyarungkannya 12 jam tanpa rasa gatal.

4. Jika mahu menggayakan skinny suit yang mengikut potongan badan. Padankan ia dengan crisp white button – downshirt dan kasut oxford (lace-up oxford), untuk gaya yang paling in style & hip.

5. Dalam lingkungan konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal). Pemilihan warna untuk Business suit lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu (grey).

ads-pomade

6. Apabila memilih sut, seseorang lelaki harus mencari sut yang paling sesuai dan selesa digayakan olehnya, dan bukan memilih sut yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai. Dalam erti kata lain, elegance, sophistication, and timelss style are always better than of – the- moment- trends, which will date – and date the wearer.

Bergaya Dengan Sut

7. Jika dibandingkan, gaya two – button suit adalah lebih timeless ( tak lapuk dek zaman) daripada three button suit. Single – breasted jacket pula adalah lebih versatil berbanding dengan double – breasted. Ia juga lebih mudah disuai padan, sama ada untuk acara formal, kasual atau bersantai.

Bergaya Dengan Sut

hespokestyle.com

8. Untuk majlis black – tie, untuk lebih trendy, anda boleh menggayakan jaket yang lebih mengikut bentuk badan (fitted), yang dipadankan dengan kemeja putih yang bersih. Padanan ini mudah tetapi sentiasa kelihatan hebat apabila digayakan.

ads-beard-oil

9. Untuk lebih dinamik, pilihlah jaket atau blazer yang memberikan fokus kepada bahu anda. Pilihan yang tepat adalah jaket yang mempunyai padding pada bahagian bahu. Paling sesuai adalah pemakaian jaket potongan double – breasted, tetapi jika anda mempunyai perut yang buncit sedikit, alternatifnya anda perlulah memilih jaket single – breasted.

Bagi jaket kasual pula, pilihlah yang berpotongan lurus dan panjang sedikit daripada garisan pinggang. Yang penting anda harus selesa dan yakin dengan keterampilan gaya anda, agar ia dapat memberikan impak imej yang positif serta menyakinkan dalam penampilan seharian.

Bergaya Dengan Sut

www.asos.com

10. Jika anda hanya akan memiliki sepasang sut, pilihlah ia dalam rona hitam, biru kelasi atau kelabu. Jika mahu menyimpan lebih daripada sepasang (jaket & seluar) dalam almari, semestinya salah satu sut perlulah menarik dan hebat ( dari segi tekstur & warna ).

Untuk kelainan, pilihlah sut khaki atau jika anda berani bereksperimen pilih sut dengan rekaan corak plaid ( kain berpetak ataupun gengang ) seperti dari jenis fabrik gelnpaid dan prince wales.

Bergaya Dengan Sut

11. Pinstripe suit ( suit jalur halus ) memang elegan apabila digayakan. Namun begitu, untuk kelihatan kurang membosankan ataupun terlalu formal, ia paling menarik dipadankan bersama kemeja dengan jalur (pintstripe suit) yang berbeza ataupun kontras. Walaupun sedikit konservatif, gaya ini tetap cool dan pasti jadi ikutan.

Bergaya Dengan Sut

articlesofstyle.com

 

ads-hair-tonic

12. Berhenti daripada cuba menggosok pakaian yang sememangnya harus digaya dan dibiarkan renyuk atau kedut. Di pentas peragaan antarabangsa, koleksi blazer dan sut banyak di datangkan dalam fabrik yang telah melalui proses kimia untuk mendapat dan mengekalkan kedut tersebut.

Dari segi rekaannya, blazer atau sut ini unstructured ataupun tidak kelihatan kaku. Paling menarik dipadankan dengan chinos dan jeans. Trend ini cukup hip serta bersahaja sealiran trend fesyen antarabangsa.

BACA: Kasut Bukan Sekadar Alas Kaki, Ikuti Tips Berkenaan Kasut

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *