3 Cara Berfesyen Untuk Lelaki Berbadan Besar

cara berfesyen untuk lelaki berbadan besar

Kredit foto: ks110.net

Anda berbadan besar dan berasa malu untuk tampil lebih bergaya? Adakah anda takut orang akan mengutuk gaya yang anda pamerkan? Ataupun, anda tidak yakin dengan gaya pakaian yang anda pakai? Adakah mungkin kerana ada di kalangan rakan-rakan anda mengatakan bahawa lelaki berbadan besar susah untuk bergaya?

Mungkin semua ini terjadi kerana anda sendiri tidak tahu bagaimana hendak bergaya dengan baik tatkala memiliki badan yang besar. Oleh sebab itu, kami di Mensive ingin berkongsi 3 cara berfesyen untuk lelaki berbadan besar.

cara berfesyen untuk lelaki berbadan besar

Kredit foto: chubstr.com

1. Mesti Padan

Sewaktu hendak membeli baju atau seluar, pastikan ia mestilah padan dengan badan anda. Padan di sini bermaksud, baju atau seluar anda tidak terlalu ketat ataupun longgar, tapi ia muat-muat dengan badan anda. Jangan bergaya dengan baju labuh semata-mata untuk menyorokkan badan anda yang besar kerana ia sebenarnya ia akan merosakkan penggayaan anda.

Kredit foto: thefashionformen.com

Kredit foto: thefashionformen.com

2. Simple

Pakaian yang anda pilih harus kelihatan simple kerana ia membantu anda tampil lebih menarik. Jangan pilih pakaian yang mempunyai corak yang terlalu banyak kerana ini akan merosakkan gaya anda. Cukuplah sekadar pilih pakaian berjalur menegak untuk memberi impak yang bagus pada tubuh badan anda.

cara berfesyen untuk lelaki berbadan besar

Kredit foto: theconversation.com

3. Fabrik Yang Sesuai

Elakkan memakai pakaian yang menggunakan fabrik yang tebal. Fabrik yang tebal boleh menyebabkan anda berpeluh, tambahan pula anda berbadan besar, maka lebih banyaklah anda berpeluh. Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang ringan supaya badan anda tidak mudah panas dan tidak berpeluh dengan banyak.

Semoga dengan perkongsian 3 cara berfesyen untuk lelaki berbadan besar ini dapat membantu anda untuk tampil lebih menarik di depan khayalak ramai. Selain itu, kami berharap, dengan 3 tip yang diberikan ini dapat membantu anda membeli pakaian yang sesuai dengan badan anda yang besar. Jadi selepas ini, anda tak perlu risau lagi untuk bergaya kerana anda sudah tahu cara yang betul.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *