Belajar Tentang Penipuan Daripada 5 Filem Pasal Penipu Ini

Disebabkan isu semasa sekarang sedang panas dengan isu penipuan, sama ada menipu untuk mendapatkan wang ringgit ataupun menipu tentang pangkat dan darjat, maka kami di Mensive telah mendapat idea untuk menghasilkan artikel ini tentang 5 filem yang berkaitan dengan penipuan.

Mungkin dengan menonton 5 filem ini anda mampu untuk mengenalpasti gerak-geri seorang penipu dan seterusnya dapat berhati-hati sebelum terjatuh ke dalam perangkap seorang penipu. Penipu adalah seorang yang bijak apatah lagi pandai penipu, oleh itu, anda haruslah menjadi lebih bijak daripada mereka.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat 5 filem yang berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang penipu.

penipuan

Kredit foto: hirenj.wordpress.com

#1. Catch Me If You Can (2002)

Filem tentang lelaki penipu ini adalah antara filem yang paling hit yang patut ditonton oleh anda. Filem lakonan Leonardo Di Caprio dan juga Tom Hanks ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Frank Abagnale (Leonardo Di Caprio) telah melakukan beberapa siri penipuan yang memberi keuntungan kepadanya berjuta-juta dolar.

Frank Abagnale mempunyai kemahiran untuk menyamar sebagai seorang juruterbang, doktor dan juga peguam. Jenayah utama beliau adalah membuat cek palsu dan menyebabkan FBI di bawah pimpinan Carl Harranty (Tom Hanks) cuba menangkap beliau tetapi proses penangkapannya bukanlah semudah yang disangka walaupun Frank Abagnale baru menjangkau usia 19 tahun.

Kisah ini adalah sebuah kisah benar di mana akhirnya Frank Abagnale telah ditangkap oleh Carl Harranty. Namun begitu, dek kepakaran Frank, Carl telah menjadikan Frank sebagai pegawai FBI di mana Frank bertanggungjawab untuk mengenalpasti jenayah-jenayah cek palsu.

penipuan

Kredit foto: ibitimes.com

#2. The Wolf of Wall Street (2013)

Satu lagi lakonan mantap daripada aktor terkenal iaitu Leonardo Di Caprio. Dalam filem ini Leonardo Di Caprio memegang watak sebagai seorang broker saham yang bernama Jordan Belfort. Filem ini adalah sebuah kisah benar di mana Jordan Belfort yang juga seorang broker saham telah melakukan beberapa siri penipuan yang telah menyebabkan beliau mampu mendapat keuntungan 22 juta US dolar dalam masa 3 jam sahaja!

Kejayaan yang dilakukan oleh Jordan Belfort ini bersama-sama dengan krew beliau telah mendapat perhatian FBI dan akhirnya menyebabkan FBI bertindak untuk menyiasat syarikat milik Jordan Belfort yang bernama Stratton Oakmant.

Jordan Belfort akhirnya telah ditangkap oleh FBI dan telah didakwa di atas kesalahan melakukan beberapa siri penipuan yang menyebabkan beliau dipenjara 3 tahun. Selepas dibebaskan, beliau kini aktif mengadakan seminar tentang teknik-teknik membuat jualan.

Baca lagi: Masihkah Anda Ingat Cerita The Cave of The Golden Roses?

ads-mens-grooming

penipuan

Kredit foto: foxnews.com

#3. Matchstick Men (2003)

Filem ini telah mendapat kritikan positif daripada para pengkritik. Filem lakonan Nicolas Cage yang memegang watak sebagai Roy Waller yang menjana pendapatan sebagai seorang penipu. Roy menjalankan operasi perjudian palsu dan juga menjual penapis air pada harga 10 kali ganda lebih mahal kepada para pelanggan dengan harapan mereka akan memenangi kereta, barangan kemas dan percutian mewah walhal semua itu adalah satu penipuan.

Semasa Roy dalam proses mahu melakukan penipuan terhadap seorang ahli perniagaan yang sombong, beliau telah bertemu semula dengan anaknya Angela yang turut sama mahu mempelajari kemahiran menipu yang ada pada Roy.

Dalam cerita ini, Roy seorang penipu, akhirnya telah ditipu oleh rakan sepasukannya iaitu Frank Mercer dan menyebabkan kesemua duit yang pernah ditipunya lesap. Malah, anaknya yang bernama Angela itu juga adalah satu penipuan yang telah dirancang oleh Frank sendiri.

penipuan

Kredit foto: empirecinema.com

#4. The Big Short (2015)

Satu lagi filem yang berdasarkan sebuah kisah benar dan telah diadaptasi daripada sebuah buku yang bertajuk “The Big Short: Inside The Doomsday Machine”. Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal dan hebat seperti Brad Pitt, Ryan Gosling, Christian Bale dan juga Steve Carell.

Filem ini mengisahkan tentang krisis kewangan yang berlaku di US pada tahun 2008. Beberapa pakar kewangan luar telah mengetahui bahawa pasaran perumahan sedang berdepan dengan masalah rentetan daripada krisis kewangan ini. Pada ketika itu, pihak bank di US telah memberi pinjaman kepada ramai orang walaupun mereka sebenarnya tidak layak.

Walaupun berada dalam krisis, beberapa pakar kewangan ini dapat melihat bahawa krisis ini adalah peluang untuk mereka mencipta kekayaan. Jadi, mereka telah membeli credit default swaps (ia berfungsi seperti insurans) di mana apabila krisis kewangan ini menyebabkan pembayaran pinjaman tidak dapat dilakukan mereka akan menerima pampasan bernilai jutaan US dolar walaupun pada hakikatnya ia belum tentu pasti terjadi.

ads-beard-oil

penipuan

Kredit foto: garethrodes.worpress.com

#5. Arbitrage (2012)

Filem ini adalah filem bergenre thriller dan telah ditayangkan pada tahun 2012. Filem ini dibarisi oleh aktor dan aktres terkenal iaitu Richard Gere yang pernah popular menerusi filem ‘Pretty Woman’ dan juga Susan Sarandon.

Cerita ini mengisahkan tentang pengurus pelaburan bernama Robert Miller (Richard Gere) yang ingin menjual syarikatnya pada nilai yang agak tinggi. Tetapi, tanpa pengetahuan sesiapa Robert telah membuat penipuan dalam penyata kewangan syarikatnya untuk mengelakkan syarikatnya daripada dilihat mengalami kerugian dalam pelaburan dan untuk mengelakkan daripada didakwa sebagai penipu.

Namun begitu, akibat beberapa insiden yang berlaku, penipuan Robert mula terbongkar sedikit demi sedikit dan anaknya juga telah menemui beberapa bukti tentang penipuan telah dilakukan oleh Robert.

Jadi, inilah dia antara filem-filem terbaik yang kita boleh kaitkan dengan kes-kes penipuan yang berkaitan dengan kewangan. Para pengkritik filem ini mengatakan bahawa, kita boleh mempelajari sesuatu daripada filem-filem ini untuk mengelakkan daripada ditipu.

Tetapi, jangan pula anda belajar daripada filem-filem ini untuk membuat penipuan kepada orang lain. Adakah anda ada filem-filem yang berkaitan penipuan yang anda gemari? Jika ada, anda boleh tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 4 Drama Aksi Inggeris Yang Masih Diingati Hingga Kini

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.