Beberapa Peraturan Untuk Kelihatan Hebat Dengan Seluar Jeans

Seluar jean merupakan salah satu dari jenis seluar yang menjadi kebiasaan para lelaki di luar sana untuk digayakan pada pelbagai acara.

Namun ada banyak juga jenis seluar jean yang boleh dikatakan agak kelakar untuk anda pakai terutama dari jenis “high waist” kerana ia tidak sesuai dengan fesyen masakini.

Jeans tidak akan sama kesesuaiannya dengan setiap lelaki kerana setiap lelaki mempunyai gaya yang berlainan oleh itu jom kita belajar sedikit daripada kesilapan fesyen mereka yang terdahulu.

Dengan sedikit bantuan dan tunjuk ajar seperti di bawah, anda boleh lakukan dengan lebih baik.

Gambar hiasan: Esquire

Panjang Baju Anda

Jika baju anda terlalu pendek ia akan kelihatan seperti dipotong dan jika terlalu panjang pula tiada siapa yang perasan bagaimana baiknya seluar itu kelihatan pada anda.

Baju yang sempurna patut terletak di antara atas ataupun tengah poket belakang seluar anda.

Gambar hiasan: Esquire

Ya, Pakailah Jeans Putih

Pastikan anda tahu bagaimana untuk menyesuaikannya. Putih tidak bermaksud menampakkan anda ramping oleh itu ia patut kelihatan sedikit ketat.

Jika putih kelihatan terlalu menonjol, anda boleh beralih kepada warna kuning pasir.

Gambar hiasan: Esquire

Anggap Jeans Seperti Seluar Slack

Benar seluar jeans ana pun kadangkala perlu sekali sekala dibawa ke kedai jahit. Jeans juga boleh dihias. Namun ia tidak akan kelihatan baik selagi ia tidak muat pada anda dengan sempurna

Basuh seluar jeans anda dahulu sebelum menghantarnya untuk diubahsuai kerana ia mudah mengecut.

Gambar hiasan: Esquire

Lipat Kaki Seluar Tersebut

Jika anda ingin mengurangkan kos untuk pergi ke kedai jahit, anda hanya perlu lipat sahaja pada bahagian kaki. Ia sesuai untuk seluar denim yang muat dengan sempurna di pinggang.

Namun elakkan dari melipatnya dengan berlebihan kerana jika ia menampakkan stoking anda maka anda telah terlipat ia terlalu tinggi.

Baca lagi: Bagaimana Untuk Memadankan Wangian Dengan Personaliti Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *