Bayi Berkaki Empat Dengan Dua Kemaluan Lelaki Yang Dilahirkan Di India Sabtu Lalu

Ballari, India: Seorang wanita dilaporkan oleh warga setempat telah pun melahirkan bayi yang mempunyai empat kaki dan dua kemaluan lelaki di Pusat Kesihatan Dhadeasugure (PHC) di Raichur, Sabtu lalu.

Ini adalah salah satu kelainan jika ingin dikategorikan dalam kes kelahiran kembar siam kerana ia hanya mempunyai satu kepala berbanding kebanyakan kelahiran kembar siam yang memiliki dua kepala kebiasaannya.

Gambar hiasan: Liputan 6

Ibu bapanya, Lalitamma, 23, dan juga suami, Chennabasava, 26, adalah penduduk di perkampungan Puladinni di Raichur dan bayi berkenaan kemudiannya telah dibawa ke Institut Sains Perubatan Vijayanagara (VIMS) di sini, untuk pemantauan secara berterusan.

Times Of India juga turut melaporkan, bayi itu sebenarnya dilahirkan secara normal pada petang Sabtu lalu dan Lalitamma pada mulanya keberatan untuk membenarkan bayinya dibawa ke VIMS kerana menganggap ia adalah suatu anugerah tuhan.

Bagaimanapun, selepas dinasihati oleh doktor dan keluarganya, Lalitamma dan suami kemudiannya bersetuju

Kelahiran yang dianggap oleh pakar perubatan sebagai suatu keajaiban itu telah menarik minat lebih ramai ahli penyelidik untuk mengkaji bagaimana sifat luarbiasa pada bayi itu boleh berlaku.

Gambar hiasan: Harian Metro

Dr Divakar Gaddi yang mengendalikan bayi itu di VIMS berkata, satu pasukan doktor serta pakar bedah sedang menilai keadaan bayi berkenaan, juga bagi membuang organ dan anggota yang berlebihan.

Diharap bayi tersebut akan sihat dan pulih selepas pembedahan dan ini menunjukkan satu-satunya bukti keajaiban alam ciptaan Allah ini.

Baca lagi: Air Asia X Diberi Izin Terbang ke US

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *