Bawang Putih Bertunas Kaya Antioksidan

Bawang putih yang telah bercambah atau ditumbuhi sulur tunas berwarna hijau muda biasanya berakhir dalam tong sampah.

garlic-sprouts

Namun, Jurnal Pertanian dan Kimia Pemakanan melaporkan, bawang jenis itu mengandungi kandungan antioksidan lebih tinggi berbanding bawang yang lebih segar.

Kajian yang diketuai Dr. Jong-Sang Kim dari Universiti Kebangsaan Kyungpook, Korea Selatan itu mendapati, apabila sulur baharu tumbuh, ia menghasilkan sebatian yang lebih banyak untuk melindungi pucuk muda daripada serangan patogen.

Dalam hal ini, herba sangat sensitif terhadap serangan bakteria, virus dan serangga, sekali gus menghasilkan bahan kimia disebut fitoaleksin yang merupakan pertahanan utama tanaman.

Ia berbahaya pada mikroorganisma dan serangga tetapi bermanfaat kepada kesihatan manusia serta kandungan bahan tersebut mirip tunas baharu yang dihasilkan bawang putih yang dikaji.

ads-body-soap

“Pemerhatian kami mendapati, bawang putih yang tumbuh selama lima hari mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi berbanding bawang segar atau lebih muda.

“Ia turut mempunyai kandungan metabolit berbeza yang bertindak untuk melindungi bawang yang rosak. Oleh itu, percambahan boleh menjadi cara yang berguna untuk meningkatkan potensi antioksidan bawang putih,” katanya.

BACA: 13 Sayuran Yang Sebenarnya Tidak Elok Untuk Kesihatan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.