Barang Wajib Setiap Lelaki Perlu Ada Di Dalam Kabinet Bilik Mandi Mereka

Kamar mandi anda tidak perlulah kelihatan mewah dan lengkap segala peralatan cukuplah sekadar memiliki beberapa perkara asas yang harus ada untuk setiap lelaki. Sudah semestinya bahan-bahan untuk kebersihan itu harus menjadi keutamaan. Ada sesetengah lelaki di luar sana yang menganggap membasuh muka dan menyapu losyen sudah mencukupi bagi mereka.

Namun sebenarnya kebersihan lelaki adalah lebih dari itu. Teknik ‘grooming’ yang tepat juga perlu untuk memastikan anda bukan sahaja bersih malah senang untuk didekati. Ada beberapa perkara asas yang wajib ada dalam kabinet kamar mandi setiap lelaki di dunia ini yang mementingkan kebersihan dan penampilan agar kelihatan bergaya dan mudah didekati.

Ia tidak cukup setakat memiliki kulit yang bersih dan gigi yang putih kerana penampilan seorang lelaki melebihi semua itu. Berikut adalah beberapa regimen ataupun perkara yang setiap lelaki wajib ada yang berjaya kami senaraikan di sini.

Gambar hiasan: MensXP

1. Facial Scrub

Untuk kualiti pembersihan yang merangkumi segala aspek kulit wajah, seorang lelaki perlu menyesuaikan diri menggunakan scrub kerana ia membantu menghilangkan bintik hitam, jerawat dan sel kulit mati, sesuatu yang tidak boleh dicapai hanya dengan menggunakan pembersih. Kaum lelaki digalakkan untuk menggunakan scrub ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Gambar hiasan: Esquire

2. Pelembab

Tidak kira bagaimana mewah pun busana dan jenama pakaian yang anda pakai, wajah anda lebih banyak mendapat perhatian. Untuk itu tentu anda tidak mahi kelihatan kusam di hadapan orang ramai bukan? Anda perlulah menggunakan pelembap yang berkualiti dan tidak terlalu berminyak. Jangan gunakan sebarang losyen kerana setiap kulit mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang mungkin tidak sesuai menggunakan sesetengah produk.

Gambar hiasan: Men’s Fitness

3. Pelebat Rambut

Kes keguguran rambut ini bukanlah sesuatu yang luar biasa apa lagi pada lelaki pertengahan umur. Malah masalah ini juga kadangkala turut mengganggu remaja yang mempunyai kulit kepala yang bermasalah. Rambut adalah mahkota anda dan seharusnya ia dijaga dengan baik. Penggunaan krim atau minyak pelebat rambut boleh menyelamatkan anda dari masalah keguguran rambut tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak.

Gambar hiasan: Lactolan

4. Masker Wajah

Ramai lelaki di luar sana yang beranggapan penggunaan masker wajah ini lebih merujuk kepada wanita sahaja. Tapi kadangkala wajah lelaki juga memerlukan perawatan dan belaian yang baik untuk menjadikan ia lebih segar dan ceria. Sekarang ini ada pelbagai alternatif untuk masker wajah, samada ia membantu untuk menjadikan kulit kelihatan lebih tegang ataupun mengurangkan bintik-bintik asing pada wajah serta mengecilkan rongga pada wajah.

Baca lagi: 3 Ramalan Rekabentuk Kamar Mandi Paling Trendi Untuk 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *