Bangunan Tumbang di Mesir

Kredit : Isma Web

Tular satu berita tentang bangunan 13 tingkat yang tumbang di timur Alexandria beberapa hari yang lalu. Khabarnya keadaan ini telah berlaku beberapa hari yang sudah di Mesir, namun baru hari ini berita kejadian ini tular di Malaysia.

Bangunan ini dikhuatiri tumbang dek kerana strukturnya yang senget ke arah bangunan yang bertentangan dengannya.

Waktu kejadian ini berlaku, kakitangan perlindungan awam telah bergegas ke tempat kejadian bagi memotong bekalan elektrik dengan segera dan evakuasi penduduk telah dilakukan serta-merta. Kawasan di sekitar bangunan itu telah diawasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya runtuhan ini bakal menjadi lebih teruk.

Kredit : Bharian

Kawasan berlakunya kejadian ini juga berdekatan dengan penempatan pelajar-pelajar perubatan Malaysia. Ada sebahagian pelajar yang menetap berdekatan dengan bangunan yang tumbang itu. Namun mereka telah pun diarah keluar. Dan sebahagian pula telah pun kembali ke Malaysia kerana ketika ini cuti akhir penggal sedang bermula.

 

Insiden yang berlaku berhampiran dengan Fakulti Pergigian Universiti Alexandria itu telah disahkan bahawa tiada pelajar Malaysia yang cedera. Yang menjadi penghuni bangunan tumbang itu juga telah berpindah dan menumpang di kediaman rakan.

Mohamed Sultan, Gabenor Alexandria juga mengarahkan semua bangunan bersebelahan dan berdekatan supaya dipindahkan. Bahkan, kerja-kerja membaik pulih landasan trem di kawasan berhampuran juga dihentikan bagi menghindarkan sebarang getaran yang menyebabkan keretakan pada bangunan terbabit.

 

Bagi penghuni yang dipindahkan, pihak berkuasa di sana juga mengambil inisiatif menyediakan rumah kecemasan dan kementerian berbabit perlu memenuhi keperluan mangsa runtuhan bangunan ini. Dan siasatan terhadap punca kejadian telah dijalankan. Jika kejadian ini melibatkan kes jenayah, maka pelaku dan pihak bertanggungjawab akan segera dikenakan tindakan undang-undang.

 

Beberapa jawatankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada wakil Pusat Pengajian Kejuruteraan, Angkatan Tentera dan Syarikat Kontraktor Arab bagi menyelesaikan kejadian tersebut.

Baca Lagi: Ariana Grande Menangis Di Konsert Amal Manchester

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *