Bangunan Paling Menarik Di Dunia

Pembinaan bangunan dan rumah ini mungkin kelihatan sedikit janggal namun tak dinafikan yang senarai di bawah ini merupakan bangunan yang paling menarik di dunia. Gambar-gambarnya sahaja dapat memukau sesiapa yang melihatnya, apatah lagi bagi yang mengunjunginya.

Bangunan-bangunan ini wujud di tempat yang jauh dari bandar-bandar jauh dan sesak.

Mari kita lihat senarainya.

Bolwoningen House

Rumah Bolwonigen ini terletak di Hertogenbosch, Belanda. Dipercayai semasa tahun 70-an, kerajaan Belanda ada membuat satu kajian dengan unit perumahan subsidi yang membuatkan ia tersenarai dalam satu senarai kesilapan seni bina.

google

Rumah-rumah ini mempunyai tingkap berbentuk seperti UFO yang mengelingi setiap rumah. Panjang rumah ini adalah kira-kira 5.4 meter.

UFO House, Sanjhih, Taiwan

UFO House yang juga merupakan salah sebuah bangunan paling menarik ini bermula sebagai satu projek resort, namun terbengkalai ditinggalkan semasa masih dalam proses pembinaan.

Kredit : Failed Architecture

Penduduk tempatan memanggilnya UFO rumah kerana reka bentuk yang lebih kedaratan itu.

Crazy Hills San Francisco

Gambar kali ini bukan sekadar satu bangunan sahaja tetapi digelar sebagai Crazy Hills di Russian Hill, San Francisco.

stock photo

 

Ia sangat menakjubkan apabila bangunan itu kelihatan senget dan condong dan disusun secara menuruni bukit itu.

Gravity Defying House, New Guinea

Rumah pokok ini kebiasaannya ditemui di kawasan suku Korowai New Guinea. Sesetengah rumah pokok boleh berada pada sehingga 165 kaki (50 meter) di udara.

Bagaimana kelompok penduduk di sana boleh membina rumah pokok setinggi itu? Amat menakjubkan.

Sidewalk Egg House

Arkitek Cina Dai Haifei telah bosan dengan harga rumah yang melambung tinggi di China. Jadi dia memutuskan untuk membina sendiri sebuah rumah mudah alih yang kecil berbentuk telur.

Jumlah kos pod mini adalah $ 964. Bentuknya yang bulat dan kelebihannya yang boleh berubah tempat menyebabkannya tersenarai dalam senarai bangunan paling menarik.

Rumah terkecil di dunia

Rumah ini sememangnya sangat kecil. Lebar rumah ini hanyalah 7 kaki, panjangnya pula hanyalah 47 kaki. Kos pembinaannya adalah £ 110,000. Ia terletak di Toronto, Kanada.

Kredit : Spectrox

Cuba bayangkan bagaimana penghuni rumah ini meneruskan hidup mereka dalam rumah sekecil ini. Hal ini sangat aneh dan menakjubkan menyebabkan rumah ini tersenarai dalam senarai bangunan paling menarik yang tidak disangka pernah wujud.

Free Spirit Spheres, British Columbia , Kanada

Binaan berbentuk sfera tergantung ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang menarik kanak-kanak, tetapi mereka sebenarnya menarik orang dewasa seperti yang dinyatakan di laman web pemilik.

Kredit : Resources

 

Kredit : Resources

Sfera ini digantung menggunakan jaringan tali pada permukaan pepejal seperti pokok, tebing, jambatan, atau batu yang besar. Secara purata, ia menelan kos kira-kira sebanyak $ 200 USD untuk tinggal di salah satu daripada sfera ini untuk semalaman.

Upside -Down House, Syzmbark, Poland

Ke belakang di luar, tetapi sesuai didiami sepenuhnya di bahagian dalam. Sekali pandang, boleh juling melihat bangunan paling menarik ini.

Kredit : Image

Rumah ini telah direka oleh seorang dermawan Poland, Daniel Czapiewski, yang mahu menghantar satu kenyataan mendalam tentang era Komunis dan keadaan dunia.

Single Hausz (Billboard House)

Rumah ini diilhamkan oleh papan iklan di bandar, rumah mudah alih ini boleh dipasang hampir di mana-mana sahaja. Ia menggunakan ruang yang sedikit dan pembinaannya boleh di mana-mana sahaja termasuk di tasik, sungai mahupun di bandar-bandar besar yang sibuk.

Kredit : Tiny House Design

Walaupun ruangnya kelihatan begitu sempit, namun masih terlihat menarik.

The Crooked House, Sopot , Poland

The Crooked House telah dibina di Sopot, Poland. Pembinaannya bermula pada Januari 2003 hingga Disember 2003. Rumah ini dicipta berdasarkan ilustrasi dongeng terkenal Jan Marcin Szancer dan lukisan Jan Marcin Szancer dan Per Dahlberg.

Kredit : Huffpost

Lihat sahaja pada bentuknya yang seakan beralun. Ini sememangnya unik dan menarik.

Daya kreativiti yang pelik dan janggal ini sememangnya menakjubkan. Jadi, jangan pernah sekat kreativiti anda!

Baca lagi : Anugerah Legion Dhonneur Dari Perancis Diterima Oleh Michelle Yeoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *