Baju Multi-Gaya. Alternatif untuk Gaya Lelaki Urban

Style4PM
Lelaki Urban biasanya menjalani cara hidup pastas dan mendesak.Cuaca tidak menentu di kotaraya memerlukan lelaki moden pandai menggayakan pakaian yang sesuai dengan cuaca yang agak panas. Pergerakan aktif perlu diseimbangkan dengan gaya dan keselesaan pakaian. Tidak mahulah nanti berjumpa orang dalam keadaan selekeh dan berpeluh.
Saya suka cadangkan anda memilih baju sebegini untuk pakaian kasual. Saya namakan baju sebegini sebagai multi-gaya. Sehelai baju boleh dipakai dengan pelbagai jenis seluar. Juga sesuai untuk pelbagai bentuk badan.
 
Pertama perinciannya yang menggunakan kolar dengan warna yang lain dan piping di bahagian poket depan sesuai dipakai oleh mereka yang berbadan kecil atau plus size. Ini kerana ia menyerlahkan bahagian atas badan. Bentuk badan lelaki yang ideal ialah Y shape, di mana bahagian dada lebih besar dari bahagian bawah badan. Jadi jika bentuk badan anda tidak menepati bentuk badan ideal ini, maka perlu ada usaha untuk memberikan ilusi yang bahagian atas badan lebih besar.
Corak dan warna biasanya digunakan untuk tujuan ini. Corak ditumpukan kepada bahagian dada. Warna juga ditumpukan di bahagian atas.
Kedua, kain berwarna lain digunakan pada bahagian dalam lengan dan apabila dilipat ia menyerlahkan gaya yang berbeza. Kain berwarna lain di dalam dan di luar seperti ini memberikan sekurang-kurangnya 2 cara berbeza menggayakannya. Boleh dikancing dan nampak semi-formal atau boleh dilipat untuk menyerlahkan gaya kasual.
Style4PM

 

Ketiga, jika anda menempah kemeja seperti ini katakan pada tukang jahit untuk membuat potongan lurus di bawah dan ukur agar ia sedikit pendek. Ini bagi membolehkan anda mengenakan sports jacket atau blazer dengan baju ini dikeluarkan. Tidak lah nanti baju ini melebihi jaket. Nampak agar selekeh.  Jika dimasukkan ke dalam, tiada isu. Sarungkan sahaja jaket sudah nampak ketampanan dan persona diri.

Kemeja ini sesuai dipakai dengan jeans, khakis, chinos mahupun slack. Boleh dimasukkan ke dalam atau dikeluarkan. Dipakai tanpa jaket atau bersama jaket.

Satu baju. Multi-gaya. Jimat!

Selamat bergaya!

 

Baca : 4 Gaya Rambut Menggunakan Pomade

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *