Bahaya Ulser Mulut

image-1

Utusan Online

Lepuh dan ulser mulut merupakan dua aduan utama yang sering berlaku di dalam mulut. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap. Lepuh dan ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada.

Oleh itu, mengenal pasti punca penyebab lepuh dan ulser mulut adalah penting untuk rawatan sewajarnya serta pengendalian pesakit.

Apa itu ulser mulut?

Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut

Sebab-sebab ulser mulut

Dua penyebab utama luka mulut adalah ulser afta berulang (Gambar 1) dan trauma/kecederaan (sebagai contoh daripada tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna)

ads-pomade_updated

Sebab-sebab ulser mulut yang lain termasuklah:

  • Barah (Gambar 2)
  • Ubat-ubatan: NSAIDs, sitotoksik, Nicorandil, Alendronate dan lain-lain
  • Penyakit sistemik yang boleh mengakibatkan terjadinya lepuh mulut :
    • Penyakit darah (contoh: anemia, leukemia)
    • Jangkitan
      • Jangkitan virus merupakan jangkitan yang paling kerap berlaku (contoh : cacar air, kayap, cold sores, penyakit tangan kaki dan mulut)
      • Bakteria (contoh: acute necrotizing ulcerative gingivitis, sifilis, tuberkulosis)
      • Infeksi kulat (contoh: histoplasmosis, mucormycosis)
    • Penyakit keradangan usus (sebagai contohnya penyakit Crohn (Gambar 3))
    • Penyakit kulit (lichen planus (Gambar 4), pemfigus vulgaris, pemphigoid)

 

Apa itu lepuh mulut?

Lepuh mulut merupakan suatu poket kecil yang berisi cecair di permukaan superfisial mukosa mulut. Lepuh jarang dijumpai di dalam mulut kerana ia senang pecah dan menjadi ulser mulut kerana persekitaran yang lembap di dalam mulut, juga daripada trauma semasa mengunyah makanan, dan infeksi daripada flora (kuman) mulut.

ulcer1

Untuk itu, anda sebagai orang dewasa harus sentiasa peka dengan keadaan anak kecil, mungkin mereka juga antara yang terkena penyakit ulser ini. Komen di bawah

Sumber: Lelaki sihat

BACA: 6 Alasan Lelaki Perlu Yoga Hari Ini

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *