Bahaya Jika Menggunakan Pendakap Gigi Palsu

Baru-baru ini di Kuala Terengganu, seorang gadis yang berusia 22 tahun telah membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan menyediakan perkhidmatan klinik pergigian yang tidak bertauliah dengan memberi rawatan pemasangan pendakap gigi kepada seorang remaja perempuan.

Lebih mengejutkan lagi, gadis tersebut didakwa mempelajari teknik pemasangan pendakap gigi tersebut hanya melalui laman Youtube.

Gambar hiasan: The Dental Guide

Menurut Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Chow Kai Foo, kewujudan doktor palsu di negara ini bukanlah satu perkara yang baru dilaporkan, malah krisis ini semakin membimbangkan apabila ia turut melibatkan pengguna di kalangan remaja.

“Tidak dinafikan, dunia tanpa sempadan kini telah membolehkan kita untuk membeli apa sahaja barang tanpa kawalan dan ini menyebabkan penguatkuasa sukar untuk menyekat penjualan barangan seperti pendakap gigi palsu.

Gambar hiasan: Buzzfeed

“Kewujudan kehendak daripada pengguna dan ketiadaan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa terhadap penjualan haram tersebut telah menyebabkan aktiviti itu semakin berleluasa dan semakin menjadi-jadi.

“Jika dahulu pemakaian pendakap gigi merupakan sesuatu perkara yang memalukan, kini situasinya sangat berbeza apabila pemakaiannya kini dikatakan sebagai trend atau fesyen terutamanya di kalangan remaja.

Gambar hiasan: The Look Orthodontics

Ini membuatkan mereka berebut-rebut untuk mendapatkannya walaupun gigi mereka sudah pun tersusun dengan elok, ramai yang masih ingin memakainya.

Menurut kebanyakan orang yang ditemui, kos murah yang ditawarkan telah menyebabkan pengguna tidak memikrkan risiko yang akan dialami terhadap kesihatan dan keselamatan akibat mendapatkan perkhidmatan dari mereka yang tidak bertauliah.

Baca lagi: Biji Kurma Boleh Digunakan Sebagai Kopi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *