Bahagian Tubuh Badan Lelaki Yang Diminati Oleh Wanita Sebenarnya

Pernah tak anda terfikir apabila seseorang wanita memerhatikan anda – apakah sebenarnya yang diperhatikan oleh mereka sebenarnya pada tubuh anda.

Apabila diberikan gambar lelaki yang hanya bercelana dalam – lelaki akan memerhatikan berapa besar encik ‘z’ yang dimilikinya berbanding dengan kaum wanita, ada bahagian yang lebih diminati pada tubuh seorang lelaki itu.

Gambar hiasan: Pinterest

Wanita langsung tidak memandang ke arah bawah pinggang lelaki tersebut malah ia tertumpu pada perut, bibir, bahu dan otot bisep yang dimiliki lelaki tersebut.

Jadi tidak perlulah terlalu taksub dengan zakar yang anda miliki kerana ia bukanlah kayu pengukur untuk seseorang wanita.

Gambar hiasan: Pinterest

Wanita mencari seorang pemberi dan pelindung dan zakar anda langsung tiada kena mengena dengan apa yang dicari oleh mereka – mereka ingin tahu jika lelaki tersebut mampu untuk melindungi dirinya dan menjadikannya selesa.

Wanita lebih menggemari otot yang ada pada perut, lengan dan bahu kerana ia digunakan semenjak zaman lalu untuk melindungi, memberi dan menjaga seorang wanita.

Gambar hiasan: Pinterest

Kerana sebab itulah mereka masih mencari otot perut yang 6-pack.

Wajah anda pula digunakan untuk wanita menilai tahap kepintaran dan kebaikan anda – anda mungkin boleh memberikan sumber kepada mereka namun adakah anda mampu untuk setia?

Baca lagi: Kenapa Lelaki Cepat Untuk Berasa Ghairah Pada Waktu Pagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *