Bagaimana Untuk Mengurus Masa Dengan 7 Tips Yang Berkesan

Peluang adalah suatu perkara yang baik yang mana pada suatu masa dalam kehidupan anda, anda telah mengambil kelas pengurusan masa, membaca mengenainya dalam buku dan cuba menggunakan perancang hari elektronik atau berasaskan kertas untuk menyusun dan menjadualkan hari anda.

Anda mungkin tertanya, “Kenapa, walaupun dengan pengetahuan dan alat ini, saya berasa seperti saya masih tidak dapat menyelesaikan perkara yang sepatutnya dilakukan?”

Bagaimana Untuk Mengurus Masa Dengan 7 Tips Yang BerkesanSumber gambar: essentialsofbusiness

Jawapannya mudah. Semua yang anda pelajari mengenai pengurusan masa adalah sesuatu yang membuang masa kerana ianya tidak efektif.

Sebelum anda boleh mula untuk menguruskan masa, anda mesti tahu pengertian bagi masa.

Kamus mentakrifkan masa sebagai satu titik atau tempoh di mana sesuatu perkara berlaku.

Secara ringkasnya, masa adalah apabila perkara yang berlaku.

Hanya ada tiga cara sahaja untuk meluangkan masa iaitu pemikiran, perbualan dan tindakan.

Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda miliki, urusan anda akan terdiri daripada tiga perkara tersebut.

Sebagai seorang usahawan, anda mungkin kerap terganggu atau ditarik dalam arah yang berbeza.

Amalkan 7 teknik-teknik yang berikut untuk menjadi bos kepada masa anda:

1. Jalankan satu jadual dan rekodkan semua pemikiran, perbualan dan aktiviti anda selama seminggu.

Sumber gambar: eremedia.com

Ini akan membantu anda untuk memahami berapa banyak urusan yang anda boleh selesaikan sepanjang sehari dan di mana detik-detik berharga anda akan diluangkan.

Anda akan tahu berapa banyak masa yang sebenarnya dibelanjakan untuk menghasilkan keputusan dan berapa banyak masa yang disia-siakan untuk pemikiran, perbualan dan tindakan yang tidak produktif.

2. Apa-apa aktiviti atau perbualan yang penting untuk kejayaan anda harus ditetapkan masa untuknya

Sumber gambar: youtube.com

Senarai ‘to-do lists‘ menjadi semakin panjang sehingga ke titik di mana mereka tidak lagi mampu dilaksanakan.

Buku appointment mungkin sedikit lebih baik daripada to-do lists.

Jadualkan satu temu janji dengan diri anda sendiri dan buat blok masa untuk pemikiran, perbualan, dan tindakan yang paling utama.

Tetapkan masa bila ia harus bermula dan berakhir. Pastikan anda berdisiplin untuk menepati temu janji ini.

3. Perancangan

Rancang untuk meluangkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada masa anda untuk pemikiran, aktiviti dan perbualan yang mempengaruhi sebahagian besar daripada keputusan anda.

4. Luangkan 30 minit pertama setiap hari untuk merancang hari anda

Sumber gambar: timer.onlineclock.net

Jangan mulakan hari anda sehingga anda selesai melengkapkan pelan masa anda.

Masa yang paling penting pada hari anda adalah masa yang anda jadualkan untuk menjadualkan masa.

5. Ambil masa lima minit sebelum menjawab setiap panggilan dan fikirkan hasil yang bagaimana yang anda inginkan dan harapkan

Ini akan membantu anda untuk menggambarkan bagaimanakah bentuk kejayaan sebelum anda bermula.

Kemudian luangkan lagi lima minit selepas setiap panggilan dan tentukan sama ada hasil yang anda inginkan telah tercapai atau tidak.

Jika tidak, fikirkan apa yang anda telah terlepas dan bagaimana anda ingin menyelesaikannya.

6. Berlatih untuk tidak menjawab telefon hanya kerana ia berdering

Sumber gambar: manjitrukhra.com

Jangan serta-merta memberi perhatian anda terhadap perkara lain melainkan jika ia adalah amat penting dalam perniagaan anda dan memerlukan respon segera.

Sebaliknya, jadualkan masa untuk anda membalas e-mel atau menjawab panggilan telefon.

7. Jauhi gangguan seperti Facebook dan lain-lain bentuk media sosial kecuali anda menggunakan platform tersebut untuk menjana perniagaan

 

Baca lagi: 5 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Setiap Pemimpin Untuk Berjaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *