Bagaimana Mr. Bean Terhasil Dan 4 Watak Penting Yang Buat Lawak Mr. Bean Menjadi

Agak mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tidak mengenali Mr. Bean. Watak komedi dari United Kingdom ini boleh dikatakan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan para penonton televisyen.

Rancangan Mr. Bean telah mula ditayangkan pada 1 Januari 1990 di United Kingdom. Tetapi, siri Mr. Bean ini telah sampai di Malaysia lewat tahun 1997. Rancangan Mr. Bean ini telah ditayangkan bermula dari tahun 1990 sehinggalah tahun 1995.

mr. bean

Kredit foto: The Telegraph

Bagaimana Watak Mr. Bean Terhasil?

Watak Mr. Bean ini telah dihasilkan oleh pelakon yang memegang watak ini iaitu Rowan Atkinson. Pada ketika itu, Atkinson sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrikal di Queen’s College, Oxford (Yang jadi Mr. Bean pun ada master, memang bukan calang-calang orang ni).

Mr. Bean sebenarnya adalah seorang lelaki dewasa tetapi mempunyai jiwa kebudak-budakan yang sangat kuat dalam dirinya. Sebab itulah kita dapat melihat segala tindak-tanduknya sama seperti seorang kanak-kanak. Malah, Rowan Atkinson juga pernah berkata bahawa, “Mr. Bean adalah seorang kanak-kanak yang hidup dalam badan orang dewasa.”

Watak Mr. Bean ini pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ia menjadi sebuah rancangan televisyen. Ia pernah muncul dalam sebuah persembahan komedi di Edinburgh Fringe pada awal 80an.

Kemudian, ia muncul pula dalam sebuah sitcom yang bernama ‘Canned Laughter’ tetapi menggunakan nama ‘Robert Box’ dan dilakonkan sendiri oleh Rowan Atkinson. Ia telah ditayangkan pada tahun 1979.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-Kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

ads-pomade_updated

mr. bean

Kredit foto: Alchetron

Pada tahun 1987, semasa Rowan Atkinson membuat persembahan sebagai Mr. Bean di Montreal, Kanada, beliau bertegas dengan pihak penganjur untuk membuat persembahan menggunakan bahasa perancis dan bukan bahasa inggeris.

Rupa-rupanya, tujuan beliau berbuat begitu adalah sebagai satu ujikaji di mana Rowan Atkinson mahu melihat adakah warganegara lain yang tidak fasih berbahasa inggeris dapat menerima atau tidak lawak fizikal yang ditunjukkan oleh Mr. Bean. Hasilnya, ramai penonton yang menyukai lawak yang ditunjukkan oleh Mr. Bean.

Siapa Sebenarnya Mr. Bean Ini?

Dalam rancangan televisyen ‘Mr. Bean’, Mr. Bean tinggal di sebuah pangsapuri yang beralamat di Flat 2, 12 Arbour Road, Highbury. Mr. Bean dilihat seperti mempunyai kostum kerana dia sering memakai kot berbulu berwarna perang, berkemeja putih, bertali leher merah dan seluar slack yang agak senteng.

Lawak Mr. Bean terhasil apabila beliau menyelesaikan masalah kehidupan sehariannya menggunakan caranya sendiri. Contohnya seperti episod pertama rancangan ini, Mr. Bean ingin membeli kuali, jadi beliau tidak tahu saiz yang sepatutnya digunakan. Jadi beliau telah membawa seekor ikan mentah yang disimpan dalam kotnya untuk menguji saiz kuali yang sesuai.

Selain itu, jika anda masih ingat satu episod di mana Mr. Bean baru sahaja membeli set televisyen dan beliau terpaksa menanggalkan semua pakaiannya supaya mendapat frekuensi siaran yang baik untuk menonton televisyen.

ads-beard-oil

mr. bean

Kredit foto: BoroGuide

Mr. Bean juga boleh dikatakan orang yang ‘bijak’ apabila terdapat satu adegan di mana beliau ingin mengecat rumah. Memandangkan menggunakan berus terlalu lambat, jadi beliau telah meletakkan mercun ke dalam tong cat dan apabila tong tersebut meletup, satu rumah beliau berjaya dicat dengan sempurna dan segera.

Aksi-aksi seperti inilah yang menyebabkan ramai orang geli hati dan suka menonton rancangan Mr. Bean ini.

Watak-watak Sampingan Yang Penting

Selain daripada Mr. Bean, dalam rancangan ini juga ada watak-watak sampingan yang memainkan peranan penting untuk menaikkan mood komedi dalam cerita ini.

Antaranya ialah patung beruang milik Mr. Bean yang bernama ‘Teddy’. Teddy adalah sejenis patung beruang yang berwarna coklat dan kaki serta tangannya dilihat seperti potongan sosej. Teddy boleh dikatakan kawan baik Mr. Bean dan sering dibawa ke mana-mana sahaja oleh Mr. Bean. Malah, Mr. Bean juga menganggap Teddy sebagai makhluk yang hidup di mana kita dapat melihat Mr. Bean gemar berkomunikasi dengannya.

Irma Gobb pula ialah buah hati Mr. Bean. Walaupun Irma Gobb adalah teman wanita Mr. Bean, tetapi Mr. Bean selalu melayannya acuh tak acuh dan tidak kelihatan serius menyayanginya. Walaubagaimanapun, dalam satu adegan apabila Irma Gobb menari romantik bersama lelaki lain dalam sebuah kelab malam, Mr. Bean berasa cemburu dan telah memutuskan bekalan elektrik kelab malam tersebut.

mr. bean

Kereta mini Mr. Bean yang berwarna hijau juga adalah karakter penting dalam rancangan ini. Kereta Mr. Bean adalah jenis 1976 British Leyland Mini 1000. Banyak kisah-kisah menarik yang berlaku dalam cerita ini yang berkaitan kereta mini ini.

Antaranya ialah, kereta ini pernah dihancurkan oleh sebuah kereta kebal kerana Mr. Bean telah meletakkan kereta tersebut di kawasan yang tidak sepatutnya. Kereta ini juga dikunci menggunakan engsel kunci dan mangga. Malah, stereng kereta ini boleh dicabut dan menyebabkan pencuri tidak dapat mencuri keretanya.

Akhir sekali adalah watak kereta biru beroda tiga yang sentiasa menjadi mangsa buli Mr. Bean. Kereta ini sering ditimpa musibah setiap kali bertemu dengan Mr. Bean. Kereta ini pernah kemalangan dan juga pernah terbalik gara-gara pemanduan Mr. Bean yang berbahaya. Namun begitu, sehingga habis siri ini, kita masih tidak tahu pemandu sebenar kereta ini.

ads-mens-grooming

mr. bean

Kredit foto: FDb.cz

Penutup

Selama 5 tahun bersiaran, bermula dari tahun 1991 sehingga 1995, rancangan Mr. Bean telah memikat hati ramai penonton dan pernah satu episodnya yang bertajuk “The Trouble With Mr. Bean” mendapat jumlah tontonan sebanyak 18.74 juta.

Rancangan Mr. Bean juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah anugerah Rose d’Or. Rancangan Mr. Bean juga telah diadaptasi menjadi rancangan kartun di mana ia disasarkan untuk kanak-kanak dan boleh ditonton di Disney Channel.

Adakah anda ada pengalaman-pengalaman menarik yang berlaku sepanjang menonton rancangan Mr. Bean ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk berkongsi dengan kami. Kongsikan pengalamana anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 4 Drama Inggeris Yang Masih Diingati Sehingga Kini

Join us_New

1 Comment

  1. Kaklong

    October 13, 2016 at 10:39 PM

    Haha..
    Cam tak percaya pula saya ingat setiap scene yang Mensive ceritakan tu.. XD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *