Bagaimana Mahu Menyebarkan Aura Positif Dalam Masa 5 Minit

Dad Blog

Kemahiran sosial menjadi satu kemahiran yang sangat penting hari ini. Sama ada offline atau online, setiap hari kita berinteraksi dengan ratusan orang tidak kira di media mana sekalipun. Apatah lagi bila berkomunikasi secara berdepan. Kita sentiasa mahukan imej yang positif namun kadangkala kita sendiri yang memberikan mesej negatif dengan kelakuan mahupun bahasa badan.

Jika anda mahu kelihatan positif dan terbuka di majlis-majlis networking, panduan ini mungkin berguna kepada anda.

1. Senyum

Ini panduan yang sangat tipikal tetapi jika dilakukan kesannya amat baik. Soalnya, bila mahu senyum? Jawapannya bila ada orang di depan kita. Setiap kali mata kita menangkap mata orang lain, maka senyumlah. Ini lebih memberikan mesej keterbukaan dan mesra. Cara ini juga tidak ‘memaksa’ kita untuk senyum sepanjang masa. nanti dikata gila pula!

Campfireeffect

2. Elakkan Berpeluk Tubuh

Walau apa pun tujuannya kita berpeluk tubuh, sama ada kesejukan atau tidak selesa, sebaiknya elakkan. Bahasa badan sebegini agak negatif dan boleh membuatkan orang lain teragak-agak untuk menegur dahulu. Sebaliknya berdiri atau duduk dalam keadaan selesa dan terbuka. Ini menghantar mesej bahawa kita bersedia menerima orang lain untuk berinteraksi dengan kita. Panduan asas untuk bahasa badan yang terbuka ialah tangan berada dalam posisi tidak menghalang bahagian atas badan.

3. Sentiasa Berada Dalam Kelompok

Tidak dinafikan dan majlis-majlis networking akan ada rasa tidak selesa untuk menegur orang baru. Kita lebih mudah untuk berdiri berseorangan berhampiran meja buffet, konon-kononnya untuk mengambil makanan atau minuman. Cara yang baik ialah cari seorang yang kita rasa selesa untuk berinteraksi kemudian ajak orang lain untuk sama-sama berbual ringan. Ini akan membentuk kelompok kecil yang mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk menarik kelompok besar. Ingat, mula dengan seorang.

BreakNeck

4. Pakai Pakaian Yang Ada Elemen Merah

Usah overdo! Pilih hanya satu item berwarna merah. Merah memberikan mesej tenaga, kekuatan, pengaruh, berani dan authoritative. Ini lebih mudah menarik orang. Dan bila kita yang menegur dulu, orang lain lebih responsive kerana merah juga memberikan mesej pemakainya ingin dihormati.

Selamat berjaya!

Baca : 5 Faktor Yang Akan Menjadikan Anda Seorang Bos Yang Hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.