Bagaimana Individu Artistik Menggunakan Kreativiti Untuk Sempurnakan Hari Mereka!

Walaupun kebanyakan orang mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan personaliti mereka, tetapi ia jarang berlaku bahawa mana-mana jawatan akan menggunakan setiap aspek watak anda untuk membolehkan anda mencapai setiap matlamat anda.

Dan ia boleh menjadi sukar untuk mencari masa antara waktu kerja anda untuk melakukan sesuatu kreatif yang anda gemari. Walaupun anda boleh melakukannya di rumah, tetapi anda juga perlu mencari jalan untuk menggabungkan kreativiti bersama pekerjaan anda.

Sebenarnya, terdapat banyak masa sepanjang hari anda yang boleh digunakan untuk menjadi seorang yang berdaya cipta tanpa mengganggu produktiviti anda.

1. Pastikan inspirasi anda berdekatan

Bagaimana Individu Artistik Menggunakan Kreativiti Untuk Sempurnakan Hari Mereka!

Sumber gambar: Pinterest

Pastikan anda menyimpan kata-kata inspirasi berhampiran supaya minda anda tidak melayang terlalu jauh apabila peluang untuk menjadi kreatif muncul. Visual yang dipamerkannya pada sudut penglihatan anda akan membantu idea-idea anda untuk terus dijana sepanjang hari.

2. Hiaskan meja anda dengan kreatif

Sumber gambar: Today’s Creative Life

Tidak kisah apa sekalipun jawatan anda, anda boleh tunjukkan personaliti kreatif anda dengan hanya menghias meja anda, sama ada dengan karya-karya kecil yang anda cipta sendiri atau dengan bekas menarik untuk menyimpan alatan pejabat. Anda boleh membuatkan ia kelihatan jelas kepada rakan sekerja anda bahawa anda tahu bagaimana untuk menggunakan kreativiti untuk mengelakkan tekanan kerja.

3. Doodling sambil brainstorming

Sumber gambar: Obraznicaturi

Apabila anda berkolaborasi dengan beberapa orang pekerja atau sumbang saran untuk sesuatu projek bersama pasukan anda, pastikan untuk menyimpan notepad bersama anda supaya anda boleh menconteng atau melakarkannya sambil berfikir. Ramai individu seni mengatakan bahawa melatih kemahiran sambil berfikir akan membantu untuk membebaskan imaginasi dan meletakkan minda dalam mod bekerja. Dan siapa tahu, memanfaatkan kreativiti anda semasa berbincang juga mungkin membuatkan anda lebih inovatif untuk penyelesaian masalah.

Tiada pekerjaan yang menutup peluang anda untuk menjadi artistik. Selagi anda sanggup memberi komitmen sebagai seorang yang kreatif, anda boleh jadi artis untuk diri sendiri.

 

Baca lagi: Tentukan Karier Impian Anda Awal Lagi Sejak Di Bangku Kuliah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *