Bagaimana Hobi Dapat Meningkatkan Prestasi Kerja Anda

Tahukah anda bahawa setiap hobi yang anda lakukan dapat membantu meningkatkan prestasi kerja anda?

Hal ini telah dibuktikan melalui kajian yang telah dilakukan San Francisco State University di mana hobi-hobi yang mempunyai ciri-ciri kreatif seperti fotografi, melukis, memasak, berkebun dan apa-apa yang berkaitan dapat meningkatkan prestasi kerja anda.

prestasi kerja

Kredit foto: www.listaddicts.com

Kajian ini telah dilakukan dalam dua bahagian. Satu, kajian ini dibuat kepada kumpulan profesional seramai 341 orang dan satu lagi dibuat pada 92 orang pegawai tentera.

Melalui kajian ini, para pengkaji mendapati bahawa seseorang yang mempunyai hobi yang kreatif, prestasi kerjanya akan meningkat 15 hingga 30 peratus. Kajian ini juga mendapati bahawa mereka yang mempunyai hobi ini dapat mengawal emosi mereka dengan baik apabila berdepan tekanan di tempat kerja.

Para pengkaji turut menekankan bahawa, syarikat tidak boleh terlalu menghalang pekerja untuk melakukan hobi mereka, contohnya memberi pekerja terlalu banyak kerja sehingga mereka tidak dapat lakukan hobi mereka. Ini pastinya akan menyebabkan berlakunya tekanan di tempat kerja dan seterusnya menyebabkan prestasi syarikat turut merudum.

prestasi kerja

Kredit foto: www.buzzle.com

Mungkin syarikat-syarikat sedia ada boleh mencontohi syarikat Zappos. Di Zappos, mereka membenarkan para pekerja melakukan aktivti kreatif mereka seperti membenarkan pekerja menghiasi kawasan kerja di Zappos. Terdapat juga aktiviti-aktiviti kreatif lain yang dibuat di Zappos contohnya seperti memasak dan pertandingan mereka pakaian.

Jadi, bagi anda yang masih belum ada hobi, apa kata anda cari aktiviti yang anda minat dan lakukannya. Terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih supaya anda dapat meningkatkan prestasi di tempat kerja selain daripada mengurangkan tekanan di tempat kerja. Ternyata, hobi adalah sesuatu yang patut dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana ia memberi faedah yang sangat baik.

Sumber: Inc.com

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *