Bagaimana Cara Untuk Memakai Blazer

Blazer lelaki ialah pakaian untuk wanita. Namun begitu adakah betul taktik kita memakai apa sahaja asalkan namanya berpakaian? Apa kata anda memakai blazer dengan speedo, adakah gaya tersebut kena? Oleh disebabkan tidak ramai yang tahu jenis pakaian yang sesuai dipadankan dengan blazer saya di sini adalah untuk menerangkan bagaimana cara untuk memakai blazer tanpa anda harus padankan dengan seluar yang lebih kurang sama warnanya. Yang berbeza itu juga terbaik.

T Shirt

Apa itu casual? Adakah casual itu yang jenisnya terlalu casual? Selalunya untuk nampak menarik padankan blazer dengan tshirt bergaris mendatar. Blazer dan juga tshirt merupakan satu kombinasi moden yang begitu chic apabila digayakan. Pilih tshirt yang punya rekaan leher yang lebih besar namun jangan salah pilih. Rekaan v neck adalah tidak patut sama sekali. Kemudian padankan dengan kasut putih, anda sudah bersedia untuk berjalan ke atas pentas bagi persembahan fesyen di Milan.

Bagaimana Cara Untuk Memakai Blazer

Lookastic

ads-pomade_updated

Seluar yang berlainan warna

Setiap kali anda memakai blazer pasti anda mahukan yang terbaik bukan? Bukan mudah untuk seorang lelaki mengambil keputusan untuk keluar rumah dengan blazer. Tak salah jika menggayakan blazer denga warna seluar yang berbeza. Tapi tidak ada formula yang mengatakan anda harus mengenakan seluar sama warna dengan blazer. Sebagai contoh warna burgundy dengan seluar bewarna biru navy, navy blazer dengan seluar hijau, dan juga Seluar kelabu dengan baju bewarna hijau. Pilih dan padankan untuk melihat sejauh mana fashion sense anda pergi.

Bagaimana Cara Untuk Memakai Blazer

                                                                                    Reddit

Chinos

Di negara barat blazer dengan chinos merupakan satu kombinasi fesyen yang sering dipakai ketika musim luruh. Untuk nampak lebih bergaya padanan dengan tshirt putih berkolar besar adalah terbaik. Namun begitu khaki merupakan warna biasa yang sering dipakai.

Bagaimana Cara Untuk Memakai Blazer

Lookastic

Jeans

Ramai yang mengambil pendekatan untuk mencampurkan elemen formaliti dengan casual pada satu-satu masa yang sama. Contohnya ialah dengan memakai jeans bersama dengan blazer untuk bekerja ataupun keluar berjalan. Fesyen ini sudah mula menular pada abad ke 21 lagi. Pilihan jeans juga haruslah yang bersesuaian, boot cut adalah yang terbaik.

Bagaimana Cara Untuk Memakai Blazer

Lookastic

Begitulah serba sedikit idea menarik untuk anda ambil sebagai persediaan jika memakai blazer. Banyak gaya boleh dipraktikkan jika anda menggunakan blazer. Komen di bawah jika anda ada sebarang cadangan lain.

BACA: 5 Sifat Buruk Ini Hanya Ada Pada Lelaki Kacak Sahaja!

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *