Bagaimana Cara Untuk Kelihatan Menarik Dalam Masa 5 Minit

Artikel kali ini kami bawakan kepada anda bagaimana cara untuk kelihatan lebih menarik dalam masa lima minit.

Anda pasti sudah merasai berada di situasi di mana anda dalam keadaan ingin mencari pasangan hidup, tapi oleh kerana banyak sangat persaingan anda jadi semakin ke belakang.

Perkara sebegini pasti terjadi ketika anda menghadiri majlis kahwin kawan lama, ataupun majlis harijadi kawan anak anda. Ramai yang mengatakan acara sebegitu adalah peluang kepada anda untuk bertemu jodoh.

Namun, disebabkan banyak sangat persaingan, anda berasa down.

Untuk itu kami sediakan 5 perkara yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih menarik atau stand out berbanding orang lain.

ads-hair-tonic-with-nasir

#1. Senyuman

Group of happy friends against white background

Sunningdale Dental News & Views

Senyuman itu dapat merungkai segala permasalah. Siapa setuju?

Siapa sahaja yang mahu mendampingi lelaki yang kurang tersenyum bukan? Menurut islam juga ada menyatakan yang senyuman itu satu sedekah. Senyumlah jika ia tidak mendatangkan kemudaratan. Tapi kebanyakan lelaki tidak biasa untuk tersenyum, mereka lebih yakin untuk kelihatan stress dan tension. Untuk itu, anda boleh cuba praktis senyuman di hadapan cermin dan jadikan ianya tabiat!

#2. Jangan silang tangan

Four hand positions in a headshot - fingers laced, hands on hips, arms folded, point with hands.

Simbol untuk tidak diganggu atau simbol seorang yang suka mengarah. Itu jika anda menyilang tangan ketika berada di majlis keraian.

Jika tangan tidak bersilang, anda secara tidak langsung memberikan gambaran yang anda mudah untuk didekati dan boleh di ajak berborak.

#3. Kelilingi diri anda dengan orang ramai dan berboraklah!

3-strategies-for-surviving-the-first-5-minutes-of-any-social-situation_source_flickr_2

Quiet Revolution

Wanita lebih cenderung untuk mengenali lelaki yang pandai membawa diri. Begitu juga sebaliknya, cari kumpulan yang boleh diajak borak dan kelilingi mereka.

#4. Pakai baju bewarna merah

how-to-wear-a-red-jumper-cover

The Idle Man

Jika anda tidak memiliki baju bewarna merah anda boleh selitkan elemen warna merah di dalam pakaian anda, kerana warna merah melambangkan keberanian, berahi, cinta dan kasih sayang.

Kajian turut mendapati, warna memainkan peranan penting untuk menjadi lebih menarik.

#5. Sms mereka

gty_man_texting_crossing_street_jt_150810_12x5_1600

ABC News

Wanita amat menghargai lelaki yang menunjukkan minat mereka terhadap sesuatu. Orang cakap usaha itu tangga kejayaan. Begitulah juga peranan anda di dalam menawan hati seorang wanita. Pastikan anda berfikir sebelum menghantar sms, jangan tulis sms ketika anda berada di minda separa sedar. Gunakan emoticon yang bersesuaian dengan mood anda kerana wanita amat tertarik dan mudah memahami sesebuah pesanan ringkas itu jika diletakan bersama emoticon.

Sumber: Real Men Real Style

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.