Bagaimana Berlari Boleh Menjejaskan Alat Sulit Lelaki

Artikel ini kami tujukan khas kepada kaum lelaki yang gemar menjadikan berlari sebagai sukan utama mereka. Berlari sememangnya satu aktviti yang sihat, namun begitu, jika dibuat secara salah ataupun berlebihan, ia boleh juga mendatangkan kemudaratan.

Untuk artikel ini, kami ingin memfokuskan kemudaratan yang akan terjadi kepada alat sulit lelaki apabila melakukan larian dengan cara yang tak betul dan dilakukan secara berlebihan. Tetapi, dalam masa yang sama, kami juga ingin berkongsi kebaikan yang akan diperolehi oleh alat sulit lelaki apabila menjalankan aktiviti berlari ini.

Jom kita lihat setiap kemudaratan dan kebaikan yang diperolehi apabila memilih aktiviti larian ini.

Kredit foto: MandM Direct

Kredit foto: MandM Direct

Berlari akan menyebabkan kesakitan di testis

Secara kasarnya, 1 daripada 7 lelaki akan mengalami kesakitan di testis semasa berlari. Punca kesakitan ini adalah disebabkan varicocele. Varicocele adalah satu keadaan di mana testis anda boleh membengkak kerana terdapat urat-urat di skrotum anda yang gagal berfungsi.

Apabila anda berlari, darah akan dipam pada testis anda dan menyebabkan varicocele membengkak lalu membuatkan anda terasa sakit. Walaubagaimanapun, dengan memakai seluar yang sedikit ketat, ia dapat mengelakkan masalah ini daripada berlaku kerana ia memberi sokongan kepada testis anda dan memberi keselesaan semasa berlari.

Baca lagi: 5 Posisi Paling Susah Dalam Sukan

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Lifestyle For Men Magazine

Kredit foto: Lifestyle For Men Magazine

Terlalu ketat juga menyakitkan

Walaupun dalam point di atas kami mengatakan bahawa seluar yang sedikit ketat dapat mengelakkan varicocele berlaku, namun begitu, anda juga harus elakkan daripada berlari dengan memakai seluar yang terlalu ketat. Ia akan menyebabkan darah sukar mengalir ke kelangkang anda dan seterusnya menyebabkan testikel anda terasa sakit.

Kredit foto: Mighty Fighter

Kredit foto: Mighty Fighter

Membantu ketegangan

Semasa berlari, jantung akan berdegup kencang dan seterusnya mengepam darah dengan sangat baik dan juga mengalirkan darah ke zakar anda. Dengan membuat jantung anda bergerak lebih aktif, darah akan dipam selalu ke zakar anda untuk membantu menguatkan ketegangan.

Pihak daripada Duke University School of Medicine telah membuat kajian dan mendapati, lelaki yang bersenam 18 jam seminggu mempunyai ketegangan zakar yang lebih baik berbanding orang yang tidak bersenam.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Ken-jennings.com

Kredit foto: Ken-jennings.com

Berlari menyuburkan sperma

Satu kajian di dalam British Journal of Sports Medicine telah mendapati bahawa seorang lelaki yang mengamalkan aktiviti berlari 15 jam seminggu mampu meningkatkan kesuburan spermanya sebanyak 73%. Selain itu, seorang lelaki yang aktif juga mampu untuk menghasilkan lebih banyak sperma. Ini terjadi kerana hormon testosteron lelaki meningkat dengan banyak apabila sering bergerak aktif.

Kredit foto: Eat This Not That

Kredit foto: Eat This Not That

Terlalu banyak berlari juga berbahaya

Walaubagaimanapun, jika anda terlalu kerap membuat aktiviti berlari, kurang berehat, dan sentiasa memaksa diri untuk berlari, ia akan mengganggu kesuburan sperma anda. Menurut kajian, seorang lelaki yang berlari dengan jarak melebihi 110 km seminggu, akan mengurangkan kualiti spermanya sebanyak 28%. Jadi, untuk menjaga kesuburan, elakkan daripada memaksa diri untuk kerap membuat aktiviti berlari.

Sumber: Men’s Health

Baca lagi: 5 Aksi Comeback Yang Mengkagumkan Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.