5 Tip Menjadi Backpacker Untuk Newbie

tip menjadi backpacker untuk newbie

Kredit foto: www.insurancehotline.com

Adakah anda seronok melihat kawan-kawan melancong ke seluruh dunia sebagai backpacker? Mereka singgah di England, Mesir, China dan macam-macam tempat lagi dengan mengembara sebagai backpacker. Melihat mereka mengambil gambar di lokasi-lokasi luar negara menyebabkan anda teruja untuk menjadi seorang backpacker.

Tetapi, anda sedar bahawa anda hanyalah seorang newbie yang tidak ada pengetahuan untuk menjadi backpacker. Sebab itulah, kami di Mensive mahu cuba membantu anda. Di sini, kami akan berkongsi dengan anda 5 tip menjadi backpacker untuk newbie.

1. Ajak Kawan Yang Berpengalaman

Oleh kerana anda baru pertama kali menjadi backpacker, apa yang anda boleh buat ialah, lakukan aktiviti ini bersama dengan kawan anda yang sudah ada pengalaman sebagai backpacker. Segala pengetahuan dan pengalaman kawan anda akan menyeronokkan lagi pengembaraan anda sebagai backpacker.

tip menjadi backpacker untuk newbie

Kredit foto: andrewwatson.photoshelter.com

2. Pilih Lokasi Yang Sesuai

Sebagai backpacker baharu, anda perlu memilih lokasi yang sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman anda. Mulakan dulu dengan negara-negara yang berhampiran. Contohnya, anda boleh bermula dengan Thailand ataupun Indonesia. Ini membantu untuk menjadikan anda biasa dengan suasana sebagai backpacker sebelum melangkah ke negara-negara yang lebih jauh seperti di benua Eropah. Oh ye, anda juga perlu tahu undang-undang di lokasi pengembaraan anda agar tidak timbul pula masalah yang lain.

3. Peralatan Yang Sesuai

Sebagai backpacker, anda perlu pastikan anda menggunakan peralatan yang sesuai untuk dibawa mengembara. Anda harus mementingkan keselesaan agar setiap pengembaraan anda adalah sesuatu yang menyeronokkan. Jangan sampai peralatan yang dibawa boleh merosakkan mood anda.

tip menjadi backpacker untuk newbie

Kredit foto: www.shutterstock.com

4. Pakaian

Sebagai backpacker, anda tidak perlu membawa terlalu banyak pakaian. Anda bukannya mahu bergaya apabila mengembara. Sebagai backpacker, apa yang penting ialah menikmati segala apa yang berlaku dalam pengembaraan anda. Cuma, pastikan pakaian itu sesuai dengan lokasi anda. Jika di kawasan sejuk, gunakan pakaian yang tebal supaya anda dapat mengembara dengan selesa.

5. Bekalan Makanan

Sesetengah lokasi, mungkin tidak menyediakan makanan yang sesuai untuk anda. Contohnya, sebagai muslim, anda mesti makan makanan yang halal. Tetapi, jika tempat yang anda pergi bukanlah kawasan orang muslim, jadi adalah sukar untuk mencari makanan halal. Ketika inilah, anda perlukan bekalan makanan yang sesuai agar anda dapat makan dan menambah tenaga untuk terus mengembara.

Itulah dia perkongsian 5 tip menjadi backpacker untuk newbie. Ini adalah 5 perkara asas yang perlu diikuti apabila anda bakal menjadi seorang backpacker. Semoga dengan perkongsian ini, anda akan menjadi lebih yakin untuk mengembara di luar negara sebagai backpacker.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.