Azmil Pilih Trend “Hipster” Dalam Fesyen

Processed with VSCOcam with b5 preset

Ditanya tentang apa perkara wajib yang perlu ada di almarinya, Azmil Juara Mentor Legend berkongsi aksesori merupakan benda yang digemari.

Bertemu dengannya di majlis sidang media, 3 Juara bertempat di Seri Pacific, Kuala Lumpur, Azmil atau nama sebenar Azmil Bin Karim yang merupakan protégé Dayang Nurfaizah di dalam pertandingan Mentor Legend memberitahu dia tidak mempunyai “fashion sense” yang kuat cukup sekadar mempunyai aksesori lelaki sebagai lambang identitinya di dalam perjalanan karier untuk dikenali sebagai seorang penyanyi.

Tambahan pula, anak muda yang berasal dari Sabah ini cukup menghargai barangan yang dibelinya kerana menurutnya barangan peribadi miliknya mempunyai nilai sentimental yang tinggi serta amat menghargai sesuatu barangan yang dibeli.

Menurutnya, kualiti adalah amat penting berbanding kuantiti di dalam penentuan imejnya.

Bermain dengan warna kontra juga adalah taktiknya di dalam pemakaian seharian seperti mengenakan pakaian yang sama warna kemudian dikenakan dengan warna kontra bagi topi ataupun baju untuk menambahkan gaya kelelakiannya di dalam berfesyen.

Menjadikan televisyen sebagai sumber inspirasi berfesyen, Azmil Mentor Legend mahukan yang terbaik agar mata yang melihat dapat menilai erti kesungguhan dirinya untuk tampil bergaya.

Menggemari “bow tie”, fesyen formal, Azmil memberitahu pakaian tersebut mudah digayakan ketika berlangsungnya persembahan atau majlis makan malam yang memerlukan dirinya tampil bergaya.

Menurutnya lagi, fesyen “hipster” yang menjadi “trending” sekarang juga menarik minatnya untuk menjadikan fesyen tersebut sebagai salah satu trend bagi dirinya dan mengakui punyai beberapa koleksi pakaian “hipster”.

Wak Doyok juga merupakan antara ikon fesyen yang digemarinya.

“Saya mengagumi cara Wak Doyok berfesyen serta tidak menyangkal bahawa fesyen yang diketengahkan  memberi inspirasi kerana  formaliti yang ada padanya namun sebagai artis saya tdak pernah sangka yang pengikutnya begitu ramai serta “fashion sense” yang ada padanyan menjadi ikutan”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.