Ayam Goreng McDonald Laris

Kredit : McDonald

Baru-baru ini MCDONALD’S Malaysia telah mempromosikan hidangan klasiknya, Ayam Goreng McD dengan acara Unboxing besar-besaran di Malaysia. Ini disiarkan menerusi Facebook Live akaun milik McDonald Malaysia.

Post ini mendapat lebih dari 2,500 perkongsian di Facebook. Ayam Goreng McD telah dibuka secara serentak untuk dinikmati di semua restoran McDonald seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan McDonald Malaysia, McDonald sangat sinonim dengan burger, aiskrim dan kentang gorengnya. Ayam Goreng McD juga ada pelanggannya tersendiri. Dan untuk menarik lebih lagi pelanggan, promosi ini perlu dibuat.

Menurut beliau lagi, tiada yang menggembirakan selain memenuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan ayam goreng yang sempurna kepada mereka.

Kredit : McDonald

Menurutnya, McDonald’s sedar makanan yang baik bukan sekadar pada rasanya sahaja, tetapi menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi yang didapati daripada pembekal-pembekal yang mematuhi piawaian.

“Buktinya, pelanggan dapat merasainya Ayam Goreng McD, pengalaman sempurna daripada kesegaran, kerangupan dan keempukan rasa ayam yang sememangnya bakal memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya.

Azmir berkata, untuk berkongsi pengalaman Ayam Goreng McD itu, McDonald’s mengajak pelanggan menyertai cabaran #mostawesombite.

“Cabaran itu akan dijalankan bermula 20 Mac ini hingga 23 April, di mana pelanggan harus menunjukkan rasa nikmat Ayam Goreng McD hanya dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa badan menerusi video tidak lebih dari 60 saat.

Ayam Goreng MvD boleh didapati di seluruh negara mulai 20 Mac dengan dua share box baharu dan boleh memilih hidangan lima ketul (RM23.50) atau sembilan ketul (RM39.95).

Kredit : McD

Video promosi ayam goreng McD yang membuatkan ayam goreng ini laris seperti pisang goreng panas meningkatkan lagi jualan ayam goreng. Semua orang tercari-cari dan seakan terpanggil untuk merasai ayam goreng tersebut sehinggalan ianya terlajak laris habis dijual.
Dalam akaun Facebooknya, McDonald mengumumkan bahawa menu itu tidak dapat disediakan semenjak dua tiga hari yang lepas disebabkan sambutan yang di luar jangkaan. Stok Ayam Goreng McD berperisa pedas bakal tiba pada hari Jumaat minggu ini.

 

Jika anda masih teringin Ayam Goreng McD, apa kata cuba perisa yang original.

Promosi terbaru set ayam goreng McDonalds sejak Mac lalu mendapat sambutan ramai, dan video iklannya sehingga kini ditonton lebih 1 juta pengguna Facebook.

McDonald juga mengambil kesempatan dengan memperkenalkan cabaran #MostAwesomeBite dari 20 Mac hingga 23 April ini. Melalui cabaran ini, pengguna diminta menghantar rakaman video merasai pengalaman sendiri Ayam Goreng McD. Hadiah yang disediakan ialah baucer tunai yang lumayan.

Hebat marketing McDonald!

Baca lagi : Komputer Riba Bakal Mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *