Aura Gaya Lelaki

p_75

Gaya adalah sesuatu yang unik dan bersifat peribadi. Paling penting, kita perlu yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan. Setiap individu punyai identiti dan gaya tersendiri. Sememangnya, untuk kelihatan lebih menarik, kadangkala kita perlu untuk membuat sedikit perubahan pada gaya harian. Paling penting kita perlu bijak memilih dan bereksperimentasi dengan fesyen.

Minggu ini saya titipkan panduan bergaya dari pagi hingga malam yang cukup praktikal, menarik serta dapat serlahkan aura keterampilan anda.

ads-perfume-with-azrel

1. Aura misteri adalah sesuatu yang sensual. Lelaki tidak perlu pertontonkan tubuh badan mereka berlebihan untuk kelihatan seksi. Berpakaian bukan hanya untuk menyampaikan mesej yang diingini, tetapi ia juga perlu kelihatan bersahaja bukan dibuat-buat. Memakai pakaian yang kurang sesuai dengan karakter dalaman adalah kesilapan yang paling besar dalam definisi fesyen.

2. Sememangnya ada ketika tarikan pada bentuk fizikal kita sebelumnya, jadi latihlah diri untuk sentiasa tampil menarik dengan pengetahuan tentang perkara yang berlaku di sekeliling seperti hasil seni, muzik, makanan atau apa jua yang boleh menyuntik kesegaran minda.

3. Jam tangan. Apa yang unik, jam tangan berjenama adalah aksesori mewah yang tiada sempadan. Paling penting apabila digayakan, ia tidak bertentangan dengan mana-mana kepercayaan agama atau akan merosakkan peradaban pakaian tradisi. Dalam pasaran jam tangan mewah antarabangsa, ia dilihat sebagai simbol status utama seseorang. Anda pula bagaimana?

hublot-big-bang-sapphire-unico-luxury-watch

4. Penulis amat menggemari potongan sut slim dan trim labuh pendek. Tidak ketat ataupun longgar, tetapi perlu tepat dengan ukuran badan. Apabila penulis memakai sut sebegini, ia dapat menampilkan gaya yang cukup berkeyakinan tanpa perlu menjerit untuk dapatkan perhatian.

shrunken-suits

5. Gayakan jaket baldu untuk ke acara formal. Warna hitam selalunya adalah pilihan yang selamat, tetapi jika inginkan kelainan pilih warna gelap, merah kundang dan bottle green. Anda juga tidak perlu memakai seluar baldu sepadan. Sebaliknya kekalkan memakai seluar hitam tux, tidak kira apa jua warna jaket baldu anda.

black-velvet-suit-grooms-attire-fall-winter-2012-dolce-gabbana-ios_full

6. Sut jalur halus sentiasa kelihatan elegan. Untuk kelihatan tidak terlalu formal, padankannya bersama kemeja jalur yang berbeza ataupun kontra. Tinggalkan buat sementara kemeja warna polos. Walaupun penampilan sedikit konservatif, gaya ini tetap cool serta sealiran trend.

22fca908334e4168f055d758b86a3226

7. Kemeja berbutang potongan kemas adalah satu kemestian dalalm almari anda. Ia hebat digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Milikilah sehelai kemeja putih yang berkualiti pilih versi yang tanpa poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan serta kelihatan lebih segak.

charcoal-blazer-black-turtleneck-black-skinny-jeans-black-chelsea-boots-large-4974

ads-pomade_updated

8. Khaki suit paling sesuai digayakan dalam cuaca panas seperti Malaysia. Jaket berpinggang dan seluar kain kapas selain ringan, ia juga menarik dipadankan dengan kemeja serta tali leher jalur pelbagai warna.

5a784eabcc7c132ae2669bf23e4aa940

9. Untuk gaya kasual, padankan jean putih dengan warna-warna kontra, contohnya kemeja polos rona terang, dilengkapkan dengan kasut loafers. Untuk penampilan lebih elegan, padankan seluar putih dengan blazer biru. Pastikan juga anda memakai kemeja warna kontra dan kasut oxford hitam serta braided belt untuk gaya lebih sofistikated.

022fabf54cee1606a66b787e463f9b27

Itu antara cara bagaimana untuk mendapatkan aura kelelakian anda dalam berfesyen, komen di bawah!

Sumber: Kosmo

BACA: 3 Cara Berkesan Untuk Membina Kebiasaan Mengurus Pakaian

Join us_New

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.