Auntie Anne’s Pretzel Dog Kini Secara Rasmi Tukar Ke Pretzel Sausage

Ingat lagi tak baru-baru ini yang kecoh kedai makan milik Auntie Anne’s tidak dapat kelulusan Jakim hanya kerana terdapat satu makanan yang diberi nama Pretzel Dog? Umum mengetahui bahawa “Dog” atau maksudnya di dalam bahasa Malaysia adalah anjing. Disebabkan itu permohonan mereka untuk mendapatkan sijil halal telah ditolak.

Auntie Anne Pretzel Dog Kini Secara Rasmi Tukar Ke Pretzel Sausage

NPR

Perkara tersebut bermula apabila seorang eksekutif yang bekerja dengan auntie Anne’s mengeluarkan penerangan mengapa kedai tersebut masih tidak mendapat kelulusan JAKIM walaupun telah beberapa lama berada di pasaran Malaysia, post yang bertarikh 17 Oktober memberikan penerangan lebih terperinci. Post Facebook tersebut dengan cepat menjadi viral yang rata-rata menyokong agar Auntie Anne’s menukar nama pretzel dog kepada nama yang lebih sopan.

Kemudiannya pihak JAKIM sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang jika anda ingin memohon sijil halal dari JAKIM anda haruslah tidak menggunakan nama yang ada kaitan dengan  “ham”, “bak kut teh”, “bacon”, “beer”, “rum”, “hotdog”, “charsiew” yang membawa kepada perkataan tidak halal. Ini kerana jika ada nama berkenaan ianya akan memberikan kekeliruan kepada masyarakat Islam di sini.

ads-gent-grooming

Yang menariknya lagi, terkini, di seluruh cawangan Auntie Anne’s tidak lagi menggunakan nama pretzel dog kerana mereka telah menukar nama tersebut ke Pretzel Sausage yang telah diaplikasikan ke semua cawangan mengikut piawaian yang ditetapkan JAKIM.

Auntie Anne Pretzel Dog Kini Secara Rasmi Tukar Ke Pretzel Sausage

twitter

Kini anda tidak lagi perlu risau untuk makan di sana kerana salah faham yang berlaku sudah dapat diselesaikan. Komen di bawah ye!

Sumber: Says

BACA: Senarai Datuk Paling Kacak di Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.