Art of Speed kembali gegar!

10

Acara tahunan ‘Old Skool dan Kostum Kulture’ Malaysia menerusi program Art of Speed 2016 (AOS2016)  kembali menggegarkan industri permotoran tempatan baru-baru ini.

Bermula pada 28 dan 29 Mei lalu, AOS2016 kali kelima itu tampil dengan pengisian aktiviti baharu yang lebih padat membabitkan pertunjukkan gaya hidup automotif, galeri seni serta aksi lagak ngeri.

Pengasasnya, Asep Ahmad Iskandar berkata, program tahun ini lebih menarik apabila pengunjung berpeluang bertemu legenda antarabangsa dalam dunia modifikasi kenderaan dan juga kenderaan yang dibawa khas dari Jepun.

1

Katanya, lebih 200 kereta dan motosikal modifikasi dipamerkan, selain pengunjung berpeluang menonton kenderaan ‘Hopping Lowrider’ iaitu model Chevrolet Malibu yang dibawa khas dari Jepun.

Malah, pengunjung yang berkeluarga juga boleh mengunjungi produk Hot Wheels serta menonton aksi lagak ngeri motosikal berkuasa tinggi bersama Aaron Twite dari Amerika Syarikat.

Asep turut menjelaskan lima sebab mengapa AOS2016 acara tahun kelima itu menjadi acara yang dinanti-nantikan.

7

30

Bertemu Lagenda Permotoran & Sukan

Pengunjung AOS2016 berpeluang bertemu lagenda antarabangsa dalam dunia modifikasi kenderaan dan juga kenderaan yang dibawa khas dari Jepun. Lagenda sukan papan selaju, Steve Caballero juga turut hadir buat pertama kali ke Malaysia.

13392301_1616710098620585_1613857612132858639_o

Kenderaan Modifikasi Terbaik dari Malaysia dan Luar Negara

Pameran lebih daripada 200 buah kereta & motosikal modifikasi dalam dua dewan berasingan. Ia merangkumi kenderaan klasik dan juga generasi baru bernilai jutaan ringgit termasuk dua buah Harley-Davidson ubahsuai dan sebuah kereta “Hopping Lowrider” model Chevrolet Malibu yang dibawa khas dari Jepun.

14

Aktiviti Buat Seluruh keluarga

Jenama kesukaan ramai termasuk Hot Wheels & Vans turut hadir dengan aktiviti tersendiri di “House of Vans”. Lebih 300 jenama lain turut serta menjual pelbagai produk tempatan & antarabangsa.

2

2

Demo Sukan Lasak

Sesi demonstrasi oleh atlet profesional papan selaju akan diadakan di “House of Vans”. Aksi stunt motosikal berkuasa tinggi bersama Aaron Twite dari USA juga dirancang, dan lagenda sukan drift negara Tengku Djan Ley akan mengadakan sesi “Taxi Ride” bersama pengunjung bertuah.

16

27

Galeri Seni Antarabangsa

Galeri seni “MotoCircus” mempertengahkan artis-artis dalam dan luar negara yang sedia menawarkan khidmat “pinstriping” dan “lettering” kepada peminat.

Tahun ini juga AOS akan memperkenalkan PAINTHEAD ASIA iaitu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau yang akan berkongsi satu platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

17

Selain PAINTHEAD ASIA, tarikan lain di Art of Speed adalah termasuk penampilan khas iaitu Jason Webber dari ATR Choppers USA, Jeff Leighton dari The Wretched Hive USA, Steve Caballero dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Hi-Technix Japan Lowrider Hopping Show dari Jepun, Koji Hamada dari Hammer Sycle Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, The Nash dari Burnout Magazine Japan, dan kumpulan kolektif artis pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.

Art of Speed 2016 juga menampilkan pertandingan Show and Shine acara stunt & persembahan demo istimewa motosikal trial bersama pelumba tempatan, galeri seni Moto Circus dengan artis tempatan dan antarabangsa.

18

1

Dibawah ini terdapat Senarai pemenang-pemenang Show & Shine AOS2016 :

Best of Show Motorcycle

Pemenang :  Beautiful Machines (Malaysia)

Kenderaan : 1993, Harley-Davidson Heritage Softail

 

Best of Show Automobile

Tiada pemenang tahun ini.

 

MOONEYES Pick

Asep & Deni, penganjur Art of Speed Malaysia

 

Jason Webber’s Pick

Pemenang :  Gimme Shelter Service Chop (Malaysia)

Kenderaan: 1966, Harley-Davidson Shovelhead

 

Jeff Leighton’s Pick

Pemenang :  Gimme Shelter Service Chop (Malaysia)

Kenderaan: 1998, Harley-Davidson Evo Chopper

 

Cherry’s Company’s Pick

Pemenang :  Lanun Johor (Malaysia)

Kenderaan: 2015, Moto Guzzi V7

 

Hammer Scycle’s Pick

Pemenang :  Strokers (Malaysia)

Kenderaan: 1941, Matchless G3L

 

Hi-Technix’s Pick

Pemenang :  Rahul Mayer (Malaysia)

Kenderaan: 1979, Pontiac Firebird Trans Am

 

Kategori Kereta

  1. Best of 60’s – Hadi Murba (Malaysia)
  2. Best of 70’s – Mazda Enthusiast (Malaysia)
  3. Best of 80’s – Ahmad Hafiz Bimmer Utara (Malaysia)
  4. Best of JDM Pre-1992 – Chan Chee Kion (Malaysia)
  5. Best of JDM Post 1992 – Kenichi Kong (Malaysia)
  6. Best of Custom Retro Pick-Up – GGE Garage (Malaysia)
  7. Best of Radikal (Classic & Modern) – GAF Speedshop (Malaysia)
  8. Best of Custom VW Aircooled – Hafizuddin Sulaiman (Malaysia)
  9. Best of Custom & Restored VW Van (Highlight) – Kelab VW Negeri Terengganu (Malaysia)
  10. Best of K-Car – Md. Fadhli Zil Iqram (Malaysia)
  11. Best of USA – Rahul Mayer
  12. Best of Custom Continental – Arte Grande (Malaysia)
  13. Best of Rat Look – Mohd Firdaus (Singapura)
  14. Best of Stance – Azizi (Malaysia)

 

Kategori Motosikal

  1. Best of Open Class – Fatboy Design (Thailand)
  2. Best of Chopper – Beard Brothers Cycle Co. (Singapura)
  3. Best of Bobber – Jeme No Die Cycle (Malaysia)
  4. Best of Café Racer – Rotten Motocycles (Malaysia)
  5. Best of Modified Harley-Davidson inc. Sportster, Softail & Pro Street – Vicious Cycles Singapore (Singapura)
  6. Best of Custom Bagger (Highlight) – Kepala Kuasa MG (Malaysia)
  7. Best of Jap Style & Tracker – Rotten Motocycles (Malaysia)
  8. Best of Restored Classic Scooter – Razlan Isman (Malaysia)
  9. Best of Streetcub – Sai Long (Malaysia)
  10. Best of Radical Ruckus – Shawn Seelan (Malaysia)
  11. Best of Restored Retro Japanese – Retromania (Malaysia)
  12. Best of Restored Classic Continental & American – Rotten Motocycles (Malaysia)
  13. Best of Custom Street Bike – Kenstomoto (Malaysia)

 

Kategori Basikal Lowrider

  1. 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Mooks Roda Radikal (Malaysia)
  2. 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Izzat Double Dice Crew (Malaysia)

 

 

 

Gambar ihsan dari

Wan & Fahmi Photography

Culture Wave Asia

 

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *