Apple Bakal Keluarkan Kereta Rekaan Sendiri Pada Tahun 2021

Menurut Macrumours.com, Apple bakal mengeluarkan kereta rekaan mereka sendiri pada tahun 2021. Projek yang sedang dibangunkan di Apple ini dipanggil sebagai “Project Titan”. Beratus-ratus pekerja Apple yang terlibat dengan pembangunan projek ini Cupertino. Buat masa ini, tiada info lengkap tentang rekaan kereta tersebut. Tetapi berdasarkan khabar angin yang didengari, kereta itu mungkin dalam bentuk minivan dan mungkin akan dikeluarkan sebagai kereta yang mempunyai self-driving technology.

Projek pembuatan kereta pertama Apple ini masih berada pada fasa awal. Apple sedang merekrut dan mencari ahli-ahli baru untuk projek ini. Selain itu, Apple juga masih dalam fasa perbincangan dengan pembuat-pembuat kereta sedia ada dan juga pembekal barangan-barangan kereta.

Kredit foto: www.extremetech.com

Pada awalnya, projek ini diketuai oleh Steve Zadesky iaitu Vice President of Product Design untuk Apple. Tetapi, baru-baru ini dia sudahpun meninggalkan Apple dan menyebabkan projek ini sedikit tergendala. Disebabkan hal ini, kereta yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2020, akan berganjak lagi setahun iaitu pada tahun 2021.

Apple juga kini dalam usaha untuk mencari tempat untuk menjalankan ujian terhadap kereta prototaipnya dan juga sedang mempelajari tentang undang-undang yang perlu dalam urusan pembuatan kereta. Selain itu, Apple juga bakal bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar kereta terkenal contohnya seperti Daimler dan juga BMW.

Kereta keluaran Apple ini sudah tentu boleh diintegrasikan dengan produk-produk keluaran mereka sebelum ini seperti iPhone dan juga iPad.

Kredit foto: www.gravifynews.com

CEO Apple, Tim Cook, semasa ditemuramah berkata, “Buat masa ini saya tiada apa-apa untuk maklumkan kepada anda tentang perancangan kami. Tetapi, apa yang saya boleh katakan ialah, akan ada perubahan mendadak dalam industri automotif dalam masa beberapa tahun akan datang ini. Perubahan ini melibatkan penghasilan kereta elektrik dan penggunaan self-driving technology.”

Semoga Apple akan berjaya mengeluarkan kereta buatan mereka sendiri dan diharapkan ia memiliki kualiti yang baik sepertimana yang selalu ditunjukkan pada peranti utama mereka iaitu iPhone.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *