Apple Appstore Akan Mula Papar Harga Dalam Ringgit Malaysia

appstore

The Next Web

Apple AppStore merupakan kedai atas-talian yang disertakan pada iOS, membolehkan para pengguna peranti seperti iPhone dan iPad untuk memuat-turun aplikasi, permainan dan kandungan melaluinya. Ia bukan sahaja menawarkan kandungan dan aplikasi percuma, tetapi juga berbayar.

Sehingga kini, Apple memperlihatkan harga jualan untuk aplikasi dan kandungan di AppStore dalam harga USD, tetapi kini mereka akan mula memaparkan harga dalam Ringgit Malaysia tidak lama lagi.

ads-hair-tonic-with-nasir

Dengan perubahan paparan harga ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih efisyen, selain tidak lagi perlu risau akan mengenai tukaran mata wang yang sentiasa berbeza setiap hari.

Perubahan ini akan dilakukan oleh Apple bermula bulan ini.

Komen di bawah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *