Aplikasi Mesej Yang Manakah Sepatutnya Anda Guna?

Aplikasi Mesej Yang Manakah Sepatutnya Anda Guna?Sumber gambar: thetechgeek.com

Terdapat begitu banyak cara untuk menghantar mesej yang wujud pada masa kini.

Google Voice baru-baru ini telah menambah teks, mesej kumpulan, dan mel suara yang ditranskribkan selepas lima tahun tidak mengemaskini aplikasi mereka.

Kini ia muncul kembali dengan empat aplikasi mesej Google yang baru (termasuk Hangouts, Allo, dan Duo).

Manakala Facebook pula memperoleh dua aplikasi iaitu WhatsApp dan Messenger.

Aplikasi GroupMe dan Skype pula adalah di bawah Microsoft.

Apple juga tidak ketinggalan untuk memiliki dua aplikasi lain iaitu iMessage dan FaceTime.

Itu tidak lagi termasuk semua aplikasi mesej bebas yang lain seperti Viber, WeChat, LINE, Telegram, KakaoTalk dan selebihnya lagi.

Benar. Kita hidup di zaman kewujudan aplikasi mesej yang TERLALU BANYAK.

Jadi, jika anda berasa sesat di dunia yang penuh kemajuan ini dalam komunikasi dalam talian, di sini adalah panduan ke arah platform yang terbaik.

Aplikasi mesej yang paling ultimate dan terbaik adalah WhatsApp.

Sumber gambar: whatsapp.com

WhatsApp (percuma, iOS, Android, Windows dan web) adalah merupakan Aplikasi Mesej Yang Ultimate.

Ia mempunyai pangkalan pengguna yang sangat besar, sangat pantas dan berfungsi pada peranti yang berbeza (walaupun Blackberry!) serta mempunyai ciri yang mudah untuk difahami.

WhatsApp menawarkan pemesejan teks percuma, mesej berkumpulan, panggilan suara dan video melalui data selular atau Wi-Fi.

Aplikasi ini juga pantas.

Multimedia (seperti gambar, video, mesej audio dan fail sehingga 100MB) dimampatkan secara automatik oleh aplikasi ini, supaya ia dapat dihantar dengan segera walaupun internet lemah.

Jika anda dan kebanyakan kenalan anda menggunakan iPhone, gunakan iMessage.

Sumber gambar: downtoday.co.uk

Anda tidak perlu daftar untuk apa-apa. Ia adalah aplikasi mesej tetap pada semua iPhone, tidak seperti yang terdapat pada peranti Android, di mana terdapat sehingga empat aplikasi mesej yang boleh dipilih.

Aplikasi ini berfungsi dengan lancar bersama video FaceTime dan panggilan audio menerusi data atau sambungan sel.

Ia membolehkan anda menghantar laser untuk rakan-rakan.

Ia secara automatik menghantar teks melalui iMessage apabila perlu, dan SMS biasa kepada orang-orang di luar.

iMessage boleh mengendalikan semua jenis media seperti GIF, kenalan, lokasi, pautan, foto, video dan memo suara.

Jika anda hanya perlukan satu aplikasi mesej yang mudah untuk teks, di sini adalah antara apa yang anda perlu pertimbangkan.

Sumber gambar: Pinterest

Selain WhatsApp Messenger dan Facebook, terdapat juga Google Allo (percuma, IOS dan Android).

Ia adalah satu aplikasi baru mesej yang wujud bersama Google Assistant, sebuat bot pintar, yang dibina untuk meluaskan lagi ciri pesanan mesej.

Google Assistant boleh menyimpan “Smart Repliest” bagi pihak anda atau mengesyorkan restoran yang berdekatan jika ia mengesan anda berbual mengenai makan malam.

Allo membolehkan anda untuk menghantar foto, gambar, video dan mesej audio tetapi ia tidak mempunyai ciri suara atau sembang video.

Untuk panggilan audio melalui internet, anda akan perlu gunakan Hangouts Google atau Google Voice, dan untuk membuat panggilan video, anda mungkin mahu menggunakan Google Duo.

 

Baca lagi: Apa Yang Perlu Dilakukan Setelah Anda Tersilap Mengumumkan Pemenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *