Apakah Nasib Xiaomi Setelah Hugo Barra Meninggalkan Syarikat Tersebut?

Hugo Barra seorang bekas Timbalan Pengurusan Android di Google yang berasal dari Brazil ini telah membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan Xiaomi. Beliau dahulunya dipertanggungjawabkan untuk membawa Xiaomi ke satu pentas antarabangsa. Berkhidmat selama tiga tahun setengah bersama Xiaomi, Huga Barra telah berjaya membawa Xiaomi menembusi ke pasaran luar.

 

Kredit : TalkAndroid

 

Xiaomi yang dulunya dikenali sebagai telefon pintar ‘copy cat’ telah berubah dengan kehadiran Hugo Barra. Xiaomi bukan setakat berjaya menembusi pasaran China, bahkan terkenal di seantero dunia. Masakan tidak, dengan aplikasi Android yang lengkap dan harga berpatutan, Xiaomi menjadi salah satu telefon pintar yang digila-gilakan.

 

Kredit : The Next Web

Hugo Barra dalam ucaptama memberitahu keputusan meninggalkan Xiaomi ini bertujuan untuk kembali ke Silicon Valley dan bekerja kembali bersama Google. Beliau sedar akan kemerosotan kesihatannya bekerja di bandar yang asing, lantas mengambil langkah untuk kembali dekat bersama keluarga di Silicon Valley. Beliau menegaskan ini adalah masa yang tepat untuk mengundurkan diri.

 

Kredit : VulcanPost

 

Dahulunya dikenali sebagai ‘darling of China’, kini Xiaomi tidak lagi diterima baik di tanah air sendiri, China. Hal ini boleh dibuktikan dengan peratusan jualan Xiaomi di China yang menurun pada tahun 2016. Manakala peratusan jualan di pasaran luar masih lagi diterima baik.

Dengan keputusan Hugo Barra ini, timbul satu persoalan, adakah dengan ketiadaan Hugo Barra ini akan memberi kesan kepada penjualan model telefon bimbit Xiaomi di mata dunia? Sama-sama kita nantikan.

BACA: Galaxy Note 7 Versi Malaysia Tidak Akan Boleh Digunakan Selepas 31 Disember – Dimatikan Sepenuhnya

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.