Apakah Maksud T36 Dan F/T20 Dalam Sukan Paralimpik?

Pada hujung minggu yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemenangan bersejarah 3 atlit paralimpik Malaysia yang sedang bersaing dalam Sukan Paralimpik Rio 2016 di Rio De Janeiro, Brazil.

Malaysia akhirnya berjaya menggondol, bukannya satu, tetapi 3 pingat emas dalam sukan paralimpik ini. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya mendapat pingat emas dalam acara 100m di samping berjaya mencipta rekod paralimpik yang baru.

Kemudian, seorang lagi atlit Malaysia, Mohammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru dan yang lebih mengagumkan ialah beliau telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk acara lontar peluru ini.

sukan paralimpik

Wira negara. Dari kiri: Ziyad, Ridzuan, Latif

Manakala, seorang lagi wira negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam sukan paralimpik kali ini ialah Abdul Latif Romly, di mana beliau dikalungkan pingat emas di atas kejayaannya dalam acara lompat jauh. Apa yang lebih menarik ialah, beliau juga telah berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara ini.

Ridzuan, Ziyad dan Latif menyertai sukan paralimpik ini dalam kategori yang berbeza-beza. Ridzuan adalah atlit yang dikategorikan sebagai T36. Ziyad pula berada dalam kategori T20. Manakala Latif diletakkan dalam kategori F20.

Untuk artikel kali ini, kami di Mensive ingin menceritakan serba sedikit tentang setiap kategori yang diwakili oleh Ridzuan, Ziyad dan Latif. Mungkin ramai yang belum tahu apakah kriteria yang perlu ada pada setiap kategori ini, maka kami mengambil inisiatif untuk menerangkannya kepada anda.

T36 (Cerebral Palsy)

Bagi mana-mana atlit yang dikategorikan di bawah T36, ia bermaksud bahawa atlit ini menghadapi masalah cerebral palsy. Cerebral palsy adalah sejenis gangguan di mana ia mempengaruhi pergerakan, keseimbangan dan bentuk badan yang disebabkan kecederaan otak ataupun kekurangan oksigen semasa kelahiran yang menyebabkan keabnormalan pada otot dan gerakan badan.

Bagi kategori ini, atlit mestilah seseorang yang ada masalah untuk mengawal pergerakan badannya dan tidak dapat untuk berada kekal di tempat mereka berdiri. Disebabkan inilah, para pengadil tidak boleh membiarkan para atlit jenis ini berada terlalu lama di garisan permulaan kerana khuatir mereka akan lakukan false start.

F20 dan T20 (Masalah Pembelajaran)

Untuk kategori F20 ini pula, ia khas untuk para atlit yang menghadapi masalah pembelajaran. Antara kriteria utama yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk memasuki acara dalam kategori ini ialah, yang pertama, ujian IQ atlit mestilah bawah daripada 75.

Kedua, atlit tersebut mestilah mempunyai masalah gelagat dan kelakuan diri. Contohnya seperti masalah konseptual, sosial dan kemahiran menguruskan diri. Ketiga, gangguan ini mestilah bermula sebelum atlit berumur 18 tahun.

sukan paralimpik

Dengan melihat apa yang ditetapkan pada kategori T36, F20 dan T20 ini, ketiga-tiga atlit Malaysia ini pastinya melalui perjalanan yang sukar untuk mengecapi kejayaan yang mereka miliki.

Kekurangan mereka ini juga menjadi cabaran kepada para jurulatih mereka untuk melatih mereka. Contohnya seperti atlit yang mempunyai masalah pembelajaran, mereka pasti sukar untuk menerima arahan semasa latihan memandangkan mereka memiliki IQ yang rendah dan juga mempunyai masalah dari segi pengurusan diri.

Tetapi, pastinya jurulatih-jurulatih mereka ini datang dari kalangan orang yang bersabar dan kini mereka sudah merasai manisnya pengorbanan mereka selama ini.

Ketidaksempurnaan yang dimiliki ketiga-tiga ini akhirnya berjaya diatasi dan memberikan satu kejayaan yang sangat bermakna bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk negara tercinta dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Kami di Mensive ingin mengucapkan tahniah kepada Ridzuan, Ziyad dan Latif di atas kejayaan kalian mememenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan seterusnya telah membuatkan kami sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian kalian bertiga.

Baca lagi: Siapa Bakal Ganti Lee Chong Wei?

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.