Apakah Ia Gejala Yang Menunjukkan Anda Mengalami Rambut Gugur

Kebanyakan lelaki sememangnya tidak boleh lari dari mengalami masalah rambut gugur kerana keguguran rambut itu adalah suatu sifat semulajadi yang akan terjadi kepada rambut sesetengah orang. Kadangkala sehingga orang itu kelihatan hampir botak disebabkannya.

Rambut yang menipis boleh menyebabkan seseorang lelaki itu menjadi segan untuk bertemu di hadapan umum dan hilang keyakinan diri bila bersama rakan-rakan. Namun bagaimana untuk mengetahui gejala dan penyebab rambut gugur ini?

Berikut kami kongsikan faktor penyebab mengapa lelaki cepat botak dan rambut mereka mudah gugur.

Gambar hiasan: Dromo

1. Tekanan

Tekanan boleh memberikan kesan negatif kepada tubuh manusia dan menyebabkan perubahan hormon yang cukup ketara. Mengalam tekanan yang teruk boleh membawa kepada keguguran rambut yang agak kritikal

Gambar hiasan: Daily Californian

2. Ikat rambut terlalu ketat

Kaum lelaki ini kadang-kadang gemar menggayakan rambut dengan ikatan yang terlalu ketat sehingga boleh menyebabkan rambut tersebut putus secara helaian. Keadaan ni tdak baik kerana ia bakal merosakkan rambut secara keseluruhan.

Gambar hiasan: Mediscape

3. Kemoterapi

Ini adalah kebiasaan yang harus dialami oleh setiap pesakit barah kerana setiap kali mereka menjalani kemoterapi mereka tentu akan mengalami keguguran rambut yang maksimum sehingga hampir botak namun ia tidaklah memudaratkan.

Gambar hiasan: Beauty Through Strength

3. Kekurangan zat dan vitamin

Terdapat sesetengah vitamin dan zat yang diperlukan untuk menjaga kesihatan rambut agar kuat dan tidak mudah gugur. Namun sesetengah bahan pula mengurangkan zat tersebut dan menyebabkan folikel rambut melemah.

Gunakan syampu yang sesuai dan elakkan dari mengikat rambut anda dengan terlalu ketat. Rambut anda haruslah dijaga agar penampilan anda akan kekal menarik di mata umum dan agar keyakinan anda kekal tinggi.

Baca lagi: Cara-Cara Mudah Tradisional Untuk Merawat Masalah Rambut Gugur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *