Apa Yang Susah Sangat Belajar Bahasa Melayu (BM)?

Sumber: Emaze

Saya secara peribadi berasa bahawa kekecewaan oleh ramai rakyat Cina Malaysia terhadap syarat Bahasa Melayu untuk pekerja awam adalah tidak berasas dan tidak perlu.

Fikirkan: Adakah rakyat Amerika perlu lulus ujian kemahiran Bahasa Inggeris sekiranya mereka mahu menjadi pekerja awam atau doktor?

Jika semua mahu masuk ke universiti Amerika atau mahu mendapatkan jawatan awam atau mahu mendapatkan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS), seseorang harus mempunyai kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris yang baik.

Di UK, Australia, New Zealand, dan Singapore, anda perlu lulus sijil Bahasa Inggeris untuk berkerja di perkhidmatan awam. Di China dan Taiwan, anda harus fasih berbahasa Mandarin untuk bekerja di sana.

Tetapi, rakyat-rakyat ini tidak mengutuk kerajaan mereka kerana mewujudkan syarat bahasa mahupun mereka berasa dilayan secara tidak adil.

Mungkin saya salah, tetapi saya tidak pernah dengar mereka merungut atau membantah, kerana ia adalah sebahagian daripada sistem negara, salah satu spesifikasi untuk operasi kerajaan, dan prasyarat penting dalam kehidupan harian.

Bahasa rasmi kebangsaan membawa rakyat dari pelbagai latar belakang untuk berinteraksi dan mewujudkan persefahaman dan perpaduan. Ia adalah pengantara dalam fungsi kerajaan. Realitinya, ia mempunyai nilai praktikal yang tinggi. Ia membantu rakyat yang berurusan di pejabat-pejabat kerajaan dan hospital berkomunikasi dengan satu bahasa yang difahami semua.

Tapi di sini, rakyat Cina Malaysia lantang menyuarakan alasan dan teori konspirasi untuk membantah syarat BM SPM untuk pekerja kerajaan dan pelatih perubatan.

Saya kadang-kadang berasa mereka ini tidak sedar mereka ialah orang Malaysia dan tinggal di negara bernama Malaysia. Mereka seperti hidup dalam dunia sendiri, mahu hidup ikut cara yang mereka suka.

Tolong, ini bukan progresif tetapi muhasabah diri.

Mungkin orang-orang ini mahu berpindah suatu hari, merasakan hidup akan bebas dan tidak terikat. Tetapi, mereka akan sedar tidak lama, mereka harus mengikut peraturan yang baru, termasuk kelancaran dalam bahasa yang baru.

Realitinya, kita sekarang tinggal di Malaysia. Bahasa rasmi negara ini ialah Malaysia, dan sebagai rakyat, kita perlu ada kemahiran yang munasabah dalam bahasa ini, sama ada anda suka atau tidak.

Jika tidak, anda akan diketepikan masyarakat, membuat komen yang sia-sia di media sosial, dan menyedihkan diri sendiri.

Kesimpulan saya: Berhenti membuat kecoh di atas sesuatu yang sudah lama berada dalam kontrak sosial kita dan terima normanya. Ada lebih banyak benda berharga untuk kita capai.

Untuk pekerja kerajaan dan bakal doktor yang tidak lulus Bahasa Melayu, mereka masih boleh mencari prospek yang lebih baik di tempat lain.

Tetapi, jika mereka tetap mahu mengekalkan posisi mereka yang sekarang, mereka hanya perlu pergi mengambil semula peperiksaan Bahasa Melayu SPM dan dapatkan lulus. Dan ia tidaklah begitu susah, bukan?

Tay Tian Yan menulis untuk Sin Chew Daily.

Baca lagi: 10 Gambar Sukan Paling Kelakar Sepanjang Masa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *