Apa Yang Perlu Dilakukan Setelah Anda Tersilap Mengumumkan Pemenang

Baru-baru ini di Anugerah Oskar telah terjadi suatu insiden yang sangat memalukan apabila Warren Beatty dan Faye Dunaway melakukan kesilapan yang sangat memalukan dan menjadi bualan ramai netizen di luar sana apabila mereka salah mengumumkan pemenang sebenar “Filem Terbaik”.

Anugerah itu sepatutnya jatuh ke tangan filem “Moonlight” namun telah “La La Land” telah diumumkan sebagai pemenang. Moral yang didapati bagaimanakah reaksi kita apabila tersalah mengumumkan pemenang sebenar adalah:

Gambar hiasan: ET Online

Buat Bodoh Sahaja

Kesilapan itu bukanlah disengajakan lalu mengapa perlu ia dikecohkan? Jadi sebagai penyampai apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat muka selamba dan berpura-pura seolah-olah anda tidak tahu-menahu mengenai hal tersebut.

Gambar hiasan: ABC News

Ikuti Dengan Lawak Jenaka

Paling terer pun kalau anda mampu untuk menghilangkan perasaan malu dan awkward ketika berlakunya insiden tersebut adalah dengan meneruskan pengacaraan dengan lawak jenaka yang benar-benar kelakar kerana jika tidak anda akan kelihatan seolah-olah dungu yang sedang berada atas pentas.

Gambar Hiasan: Newsday

Berpura-Pura Seolah Tiada Apa-Apa

Ini yang paling susah untuk kita buat terutamanya jika terlibat di dalam insiden yang memalukan tadi. Bukan mudah untuk kita melupakan insiden tersebut dan berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi. Namun demi menjaga reputasi anda sebagai pengacara eloklah dipraktikkan perkara ini.

Gambar hiasan: News Day

Cover-Line Dengan Acara Lain

Kemungkinan anda boleh mengalukan persembahan untuk menutup insiden yang memalukan tersebut dengan cara yang lebih glamor. Kemungkinan dengan kemunculan penyanyi-penyanyi popular atau persembahan yang memukau boleh membantu anda untuk sedikit sebanyak cover-line rasa malu anda itu.

Jadi adakah helah ini mampu untuk membantu anda dalam menangani rasa malu anda andainya anda terlibat dalam insiden yang memalukan seperti yang teradi di Anugerah Oskar tempoh hari? Saya pun tidak tahu tapi sekurang-kurangnya anda boleh cover rasa malu dari insiden tersebut bukan?

Baca lagi: “Moonlight” Kalahkan “La La Land” di Oscar 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *